Monday 26 December 2011

Sunday 27 November 2011

maal hijrah masa untuk berubah!

bila orang dah kata tak tu memang tak lah kan. kadang aku ni bodoh bangang tak pernah reti nak faham. kalau aku faham pun aku saje yang buat tak faham rasanya. tak apa lah, kali ini aku cuba jadi positif. terima dan menerima seadanya apa yang berlaku. tak ada la sakit sangat sebab kita hanya kawan. aku pun dah semakin bersedia menerima kemungkinan sebegini, namun tak sangka secepat ini kan. dan projek 2 tahun aku pun rasa macam kena tangguh sebab elemen penting sudah tidak ada. sekarang terasa macam menembak tanpa ada sebarang sasaran. tapi aku masih lagi positif di sini kerana perlumbaan masih belum tamat selagi wisel penamat belum dibunyikan. tapi jika kau terasa ada yang luar biasa, itu adalah biasa. aku pun perlu cuba buat sesuatu untuk diri aku. tak mahu lagi hidup bercelaru. aku juga punya ibu punya bapa dan punya adik adik. mereka semua lebih penting. dan aku mahu bergembira di dalam keredhaan-Nya.

Wednesday 9 November 2011

sabar nek

Lama tak balik kampung rindu aku terubat walaupun dapat balik sekejap je. Raya haji macam biasa lah makan daging sampai lebam. Kenduri sana kendara sini. Letih. Anak saudara pertama aku pun turut berakikah. Agak sibuk la aku raya kali ni walaupun tahun ini tiada lembu ditumbangkan di laman rumah aku. Tapi satu benda yang buat aku gelak besar balik kali ni, bila mak aku cakap yang nenek aku berkenan dengan kawan adik aku yang datang ke rumah minggu lepas. Dia amat suka pada budak tu selepas tengok air mukanya dan budak tu sesuai untuk jadi bini aku katanya. Alahai nek, macam tu sekali eh. Hahaha. Tapi malangnya mengikut adik aku budak tu dah pun berpunya dan sememangnya menjadi rebutan kawan-kawannya. Haha. Aku pun tak nak kawin lagi la. Tak mampu. Sabar ye nek.

Thursday 27 October 2011

tak pernah pernah jadi macam ni

semalam tidur lepas subuh sampai azan zohor.
lepak tengok tv petang, terlena dari jam 4 ke jam 6.
malam ni sampai ke subuh aku tak boleh lelap.
abis benda aku buat. habis benda aku fikir.
moga tuhan ampunkan dosa-dosa aku.
amin.

Sunday 23 October 2011

sangat tragiskan

Hari ni ada final RWC 2011. Tahniah All Blacks sebab benamkan Les Bleus. 8-7 quite close kan. Anyway, menang tetap menang. Tapi lain pulak cerita MotoGP, race kat SIC kena kansel sebab ada crash yang menyebabkan kematian. R.I.P Marco Simoncelli. Tapi tahniah aku ucapkan kat racer negara Zulfahmi. Dia berjaya habiskan race di tempat ke-9 di tempat sendiri dalam kelas 125cc. Pencapaian yang agak membanggakan. Wondering, bila la aku nak dapat superbike sendiri. Ducati Monster 795 pun mengancam jugak. Sabar lah ye wahai hati.

Sunday 16 October 2011

si anak dan si ayah

Pada suatu hari, si ayah mengajak anak dan isteri beliau keluar makan bersama memandangkan mereka sudah lama mereka tidak keluar bersama. Si ayah sibuk dengan perniagaan beliau dan si ibu juga sibuk menjaga butik miliknya. Kebetulan pada hujung minggu itu si anak iaitu satu satunya anak tunggal si ibu dan si ayah pulang ke rumah bercuti hujung minggu dari kuliah nya di universiti. Si anak sibuk belajar untuk mendapatkan segulung ijazah dalam bidang perniagaan bagi mewarisi legasi perniagaan ayahnya. Oleh sebab itu mereka semua jarang bersua muka. Masa-masa bersama mereka amat terhad dan sebab itulah si ayah tidak mahu melepaskan peluang untuk keluar bersama-sama. Kali ini si ayah membawa keluarganya ke sebuah restoran makanan arab. Mereka hanya duduk di luar di meja biasa walaupun mereka kaya tapi mereka tak kekok untuk tidak duduk di tempat berhawa dingin atau vip. Selepas memesan makanan mereka berbual mesra, masing-masing bercerita tentang perkembangan terbaru. Sesungguhnya mereka adalah sebuah keluarga yang bahagia. Sedang si anak bercerita tentang projuek akhir nya di universiti, ada seorang wanita tua menyapa. Wanita itu kelihatan naif sekali, sambil memegang bungkusan tisu dia mendekati si anak nak berkata " nak tolong mak cik, mak cik jual tisu". Tanpa banyak bicara si anak mengeluarkan sekeping wang kertas RM50 dari dompet nya lalu memberi wang tersebut kepada wanita tua itu. Si anak tidak mengambil bungkusan tisu yang di berikan oleh wanita tua itu kerana niat si anak adalah semata nak menolong wanita tua itu, bukan nak membeli tisu itu. Sambil mengucapkan terima kasih, sekilas senyuman dilontarkan oleh wanita tua kepada si anak. Kemudiannya, si ayah kelihatan membuka dompet nya juga. Sambil berkata" nah mak cik", si ayah menghulurkan wang kertas RM1 kepada wanita tua itu. Si isteri tergamam melihat perbuatan suaminya. Tanpa berkata apa apa, wanita tua itu berlalu dari tempat itu. Si anak yang juga terkejut melihat perbuatan si ayah terus bertanya "kenapa ayah bagi seringgit je kat mak cik tadi?". Dengan selamba si ayah membalas " kau boleh la bagi banyak, kau anak orang kaya. ayah anak orang miskin je". Semua terdiam seketika.

cerita asal : badio

Sunday 25 September 2011

kalau boleh tak nak fikir lagi

sedikit terkeliru. minda kata lepaskan hati kata jangan. orang kata kalau sayang lepaskan kalau itu yang terbaik. kalau sayang jangan di simpan, berikan kepada yang baik. sebabnya aku semacam tak mampu menjaga diri, terlalu naif di matanya. aku rasa biasa-biasa tapi realiti kita berbeza. aku sini kau sana. aku begini kau pula bagaimana. kalau di lepaskan adakan berganti kerana yang patah tumbuh hilang berganti. pernah patah dan di ganti tapi langsung tak di sukai diri sendiri. namun ada juga menghantui, bisakan tali yang putus di sambung kembali mana mungkin bisa mengalas beban yang bakal dihadapi. ah malas nak fikir lagi, mahu saja aku sibuk diri. soal hati serah kan saja pada Ilahi.

Sunday 11 September 2011

saya gembira

Masa bersedih banyak je idea nak menulis. Bila bergembira langsung tidak beridea. Terima kasih Tuhan atas segala limpah kurnia yang Kau berikan. Aku cuba mensyukuri semuanya itu. Aku ingin menulis semua perkara yang terjadi pada aku selama aku hidup ni buat pengajaran buat pembaca samada yang setia atau tidak. Puas aku tatap papan kekunci, namun jemari aku tak mahu menari diatasnya. Walau tak ada benda yang aku nak kongsi tetap juga aku mahu post. Mungkin sebab bosan duduk seorang di rumah selama seminggu ni. Abang aku katanya akan sampai pada malam ni, masih tak sampai lagi. Em, tiba-tiba teringat, tadi semasa aku bersalam dengan bilal masjid dia lambat lepaskan tangan dia masa bercakap dengan aku dan masa bersalam tu dia gerak-gerakan hujung jari dia di tapak tangan aku. Aku rasa pernah dengar pasal cara orang bersalam macam tu, tapi aku lupa. Sesiapa yang tahu boleh tolong ingatkan aku? Terima kasih.

Wednesday 31 August 2011

aidilfitri datang lagi

Selamat hari raya. maaf zahir dan batin. raya tahun ni agak terasa feel dia. first time tak ada peluang untuk berbuka dengan keluarga di kampung. tapi nasib baik masih diberi peluang untuk merayakan hari raya. terasa begitu puas dapat memeluk ayah emak nenek pakcik. dan buat pertama kali nya terasa nikmat nya memberi. semoga berpeluang untuk merayakan hari raya lagi amin.

Saturday 20 August 2011

lembut kan?

Dulu hitam tapi tak semestinya kotor atau jahat. Kemudian putih tapi tak jugak bersih. Sekarang merah lembut bukan merah jambu. Haha. Kau perasan tak dulunya moosicker sekarang perihal duniawi? Rasa nya kerelevanan moosicker sudah tidak ada di saat usia sebegini. Ha. Dulu... Berapa banyak dulu la... Dulu no alarm no surprises bahana no surprises by Radiohead. Tapi disebabkan rasanya tak ada alarm dan tak ada kejutan di blog ni maka telah di ubah kepada ceritera . Kenapa ceritera? Sebab cerita la. Cerita apa? Ceritera la. Ah. Ceritera oleh Bittersweet. Ceritera sudah lama digubah tapi malang nya tidak dapat di releasekan kerana masalah dalaman mereka kot. Pijie si dagu bersuara sedap tu entah apa masalah dengan mereka dah cabut. Tapi suara vokal baru boleh tahan tapi tak selantang pijie. Tapi music mereka still terbaik. Another wave for non mainstream indie. Eh, kau tak faham apa yang aku melalutkan? haha. kesian. Takpe, janji aku faham.

Sunday 7 August 2011

kePUASAn

syukur kepada tuhan kerana memakbulkan doa aku seorang hamba yang kerdil. tapi kenapa aku seakan lupa mensyukuri apa yang dikurniakan olehNya. adakah ini sememangnya fitrah manusia atau hanya aku berasa begini. aku mendambakan sesuatu yang lebih dan lebih. aku mahu semua sempurna. aku mencari sinar hakiki yang masih belum aku temui. kadang aku merasa malu kerana usiaku. muda pada usia tapi masih keanakan pada ajaranNya. mencari tempat untuk bertaut, tapi terhalang oleh rutin dunia. tuhan tolong lah aku. aku mohon pada Mu.

Saturday 16 July 2011

sekurang kurangnya aku cuba

Menjadi yang terbaik adalah impian semua orang kan? Tapi tak semua orang boleh jadi baik, terutama nya baik pada mata orang lain. Kadang pada mata kita sendiri kita rasa dah cukup baik, tapi kita mungkin masih belum cukup baik pada mata orang lain. Tapi apa yang penting, kita cuba dan cuba menjadi terbaik pada sisi Allah. Sering kali mencuba untuk tidak ego dan penting kan diri. Tapi macam masih belum dapat berbuat demikian sepenuhnya kerana keadaan memaksa untuk memilih sama ada menindas atau ditindas. Lumrah dunia. Bukan nak kata aku baik, tapi sekurang kurangya aku cuba. Peace!

Thursday 23 June 2011

ops! terleka sebentar!

adui, mana pergi prinsip hidup aku nih? boleh pulak aku abaikan mereka. nasib baik cepat sedar. bahaya betul. ok, sekarang masa untuk balik ke jalan yang sepatutnya. insyaAllah itu jalan yang benar. biar lah apa orang nak kata, tapi itu aku punya pasal. janji apa yang aku buat betul. no more buat buat tak ingat, hahaa! gelakkan diri sendiri. tapi masih waras la. sekarang hanya perlu buat apa yang aku buat. jangan toleh lagi. mintak petunjuk Engkau bukan engkau. yang penting jangan sampai terleka lagi. jangan buat hal lagi wahai hati.

Saturday 18 June 2011

TTS belangR

Suzuki belangRian! semuanya sempoi. Malangnya aku tak dapat nak join diorang ride sebab dah janji nak main badminton dengan budak budak ni. Motor diorang semua mengancam, segan pulak motor aku yang stendet mendet ni nak join.haha. Thanks geng! Salam perkenalan dari aku alem BLE. Senang senang nanti jumpa lagi kita ride puas puas. SUZUKI way of life!

Friday 17 June 2011

saya rasa saya tunggu awak

bertemu dan di duga. moga berjaya! tapi hasrat tu? huh. putus asa? mungkin. tapi untuk sekejap je.macam biasa.haha. dan bila esok kita kan bertemu kembali.. eh, macam nora elena. lebih kurang la. plot nya sahaja lah. tapi kesudahan belum di ketahui lagi. dia kata jangan,aku tak peduli. degil. tapi biasa nya, aku yang makan hati. haha. tak apa. sudah biasa. mohon pada Dia. sentiasa. banyak yang nak di cerita, tapi tak siapa nak mendengar, terutama dia. lagi pun semua ini adalah rahsia. tapi yang pastinya dia adalah dulu kini dan selamanya. tapi adakah aku ini dulu kini dan selamanya juga?

Sunday 12 June 2011

kijang nelang!

3/4 stadium kita punya tapi ball possesion sampai ke 75%? dah dapat sebiji terus macam tak nak main. mentang lah dah pernah ajar si lawan tu 3-0. mental player kite tak kuat. baru 1-1 tapi act dah macam nak kalah. ingat pergi stadium nak happy, tapi makin mental bila keadaan panas, lapar, air pun selling fast. aduih. bertambah tambah tension. gomo!

Wednesday 1 June 2011

1 dua tiga

dah tua. ah, nak kawin! tapi sebelum tu nak tolong mak dengan ayah dulu.he. semoga ini adalah satu permulaan yang baik untuk kita. peace!

Monday 30 May 2011

#0552 tujuh sebelas

berkecamuk. berdebar pun ada. ada benda baru menanti. cabaran yang baru. tinggalkan yang lama yang sememangnya sudah lama aku ingin tinggalkan. tapi bila dah tiba masa untuk tinggalkan, rasa lain macam. banyak yang telah dipelajari di sana. tentang hidup. terasa sayang kan untuk tinggalkan suatu kebiasaan. tujuh bulan bukan sekejap. tapi aku perlu ucap selamat tinggal. huh.

Saturday 28 May 2011

apa yang?

apa yang paling dekat dengan kita?

MAUT.

apa yang paling besar ada pada kita?

NAFSU.

apa yang paling jauh dari kita?

MASA LALU.

Thursday 5 May 2011

tapi, tapi apa?

Kadang pernah terfikir. Mengapa tatkala cinta menyapa aku tidak pernah membalas walaupun hati aku tidak berkata tidak padanya. Pelik. Bukan tak mahu. Bukan juga malu. Tapi, tapi apa? Bukan memilih, bukan juga jual mahal. Tapi, tapi apa? Aku nak, bukan tak nak. Tapi, tapi apa? Buat mereka yang pernah aku beri harapan. Aku memohon maaf. Mungkin takdir sudah menentukan yang kita masih belum boleh bersama. Aku masih menagih cinta lama? Ah tidak. Aku sudah boleh menerima kenyataan yang sekiranya sayang tak semestinya bersama dan cinta tak semestinya sejiwa. Semua itu sudah aku benamkan jauh tanpa sisa di dalam jiwa aku. Aku cuma menanti moga sang puteri penghias dunia, penunjuk jalan ke syurga datang menyapa. Percayalah. Aku akan terima jika dia yang Dia ciptakan untuk aku.

Sunday 1 May 2011

menanti pelangi selepas hujan lebat

aku jahat. tapi itu dulu insyallah. insan mana tak pernah buat silap dan salah. masa muda aku terbuang. ranap tak bermaruah. takut bila nanti Tuhan tanya apa yang aku telah buat di masa muda ku. namun muda ku belum berakhir kan. masih sempat lagi. aku rasa lah. hidup di dunia ini tak aku rasa tenang. apatah lagi di akhirat kelak. mengharap kan keredhaan Nya menyelubungi aku. agar tenang akan aku temui. demi menuju cinta yang abadi.

Sunday 24 April 2011

perasaan yang hilang

.aku masih lagi mencari.
.ntah bila akan aku temui.
.mungkin sampai bila bila nanti.
.itu pun kalau ada rezeki.

Saturday 9 April 2011

bila april

Bukan Dr Fazley lah. Cuma dah april kan. Sekejap je masa berlalu. Makin tua. Makin matang mungkin. Tapi ada juga perkara sama. Ah, bila kita mahu ia berubah, ia tetap sama. Bila kita tak mahu ia berubah ia tak akan senantiasa sama. Lama tak online buat otak aku jadi beku lah. Sampai sini saja lah ye. Habis. Eh, sekejap. Dulu satu sekarang dua.

Monday 28 March 2011

Wednesday 9 March 2011

is she really the one? or she just another...

she is young. she has courage. she is pretty (for me lah i am not sure for you). she is matured. she is tough. she is happy go lucky. she is really sensitive. but she also stubborn. 
is she really the one? or she just another lesson of my life.

Friday 25 February 2011

kota kan kata kata cita cita kita

Masuk sekolah darjah satu. Cikgu tanya siapa nama. Umur berapa. Tinggal di mana. Berapa orang adik beradik dan anak ke berapa. Cita cita nak jadi apa. Huh. Semua jawapan aku ingat kecuali bab cita cita. Aku dah lupa la apa yang aku cita cita kan dulu. Aku rasa pernah nak jadi doktor, pernah jugak nak jadi jurutera, pernah jugak nak jadi cikgu, pernah jugak nak jadi bomba. Aish. Banyak pulak cita cita aku kan. Tapi sekarang apa yang jadi pada aku pun aku tak tahu. Cita cita aku pun aku tak tahu apa. Sekarang cita cita yang jelas cuma nak masuk syurga. Tapi itu cita cita semua insan islam di dunia ni kan. Tapi apa pula cita cita aku semasa hidup ni. Ah. Gelap lah rasa. Banyak benda kena pikir, banyak benda kena pertimbangkan. Nak sambung belajar pun bermacam kekangan yang ada. Ni lah bahana bila perjalanan hidup tidak di atur secara betul. Bila di fikirkan balik. Baru aku sedar, pilihan yang sebelum ini yang aku buat tidak betul. Kebanyakkan semua tangkap muat je. Tapi lepas aku berdiskusi dengan budak form 5 sorang tu. Membuat kan aku berfikir dua kali. Tak sangka kanak kanak itu punya fikiran seperti orang dewasa seperti mana dakwaanya yang perempuan mempunyai kematangan lima tahun ke depan berbanding lelaki. Mungkin betul. Haha. Berbalik cerita tadi, apa yang aku rasa minat, bakat, peluang dan cita cita perlu di atur supaya apa yang dicitakan menjadi kenyataan dan sekaligus menjamin masa depan. Tapi semua sudah berlaku. Aku redha, cuma aku masih berharap di hadapan masih ada jalan yang terang. Sekarang pun masih belum terlambat kerana aku percaya, kita tidak kalah selagi wisel penamat belum dibunyikan. Kita mesti kota kan kata kata cita cita kita.

Tuesday 15 February 2011

Under Cover Of Darkness

masa zaman sekolah dulu masih lagi aku ingat. nak beli first album diorang aku terpaksa order dengan mamat yang aku lupa nama die kat bangunan umno kota bharu. kat kedai kaset biasa tak ada pun album diorang ni masa tu. ingat lagi aku order skali dengan album muse. susah nak dapat kaset band band macam ni dulu. sebab belum famous lagi kot masa tu. tapi second album diorang dah senang nak dapat. pergi mana mana kedai kaset pun ada. diorang pun dah famous. dulu dormmate aku selalu je ejek kata lagu apa la yang aku dengar. tapi sekarang ni.hahaa. semua dah layan lagu yang sememangnya diorang tak layan dulu. dulu punk oi! je la yang betul betul jadi fenomena kat sekolah.haha. memori lah. semua pakat duk hafal knowledge skinhead, aku tak terjebak sangat la dengan benda tu sebab aku stand still dengan kurt cobain yang dah lama mati katak. influence aku die la. tapi bukan drugs punya part.haha. tapi sampai sekarang aku masih suka dengar kite punya eastern oi! memang indah.haha. so now, modern girls and all old fashion man out there let me present to you the new single from the strokes. under cover of darkness! layannn. zasss!

Monday 14 February 2011

saya mahu tak mahu

orang kata tak kenal maka tak cinta. tapi wujudkah kenal maka tak cinta. huh. satu percaturan yang salah telah aku buat. siapa suruh aku cuba sedangkan aku dah tahu ia adalah perkara yang salah. tuhan dah tunjukkan apa yang aku mohon Dia tunjukkan kepada aku. tapi insyAllah masih belum terlambatkan. manusia memang tak pernah lepas dari dosa. tapi jika sentiasa mengulangi dosa yang sama dan tak pernah nak bertaubat memang tak bergunalah manusia itu. hidup ni pun tak lama. cari apa yang perlu tanpa mengikut kehendak nafsu sebagai bekalan bertemu tuhan di akhirat yang kekal abadi. sempena maulid nabi ni sama sama kita perbanyakan selawat. semoga kita mendapat syafaat dari baginda kelak. cintai tuhan dan rasul kerana itu adalah cinta yang sejati.

Thursday 27 January 2011

distance that make us!

Do you ever wonder why you shout to other people in anger? And why you shout to others when you are upset? I am sure you do so because you are losing your calm. But you are shouting to others even they are next to you? Is that stupid when you shout to people next to you even you know that they are not deaf. Isn't it possible to speak to them with a soft voice? I am sure you are not stupid right? But don't worry because i am also shout to others when i am angry. Hahaha.  Let me tell you fact is when two people are angry to each other, their hearts are are in distance away. To cover the distance they must shout to be able to hear each other. The angrier they are, the louder they will have to shout to each other through that great distance. But what happen to people who fall in love? They don't shout to each other but talk softly. Do you ever wondering why? Hehe. It is because their hearts are very close. The distance is very small. They no need to shout at each others and they only need to whisper when they love each other even more as their hearts getting more closer. Finally they do not even need to whisper. They only look at each other, that's all! That is how close two people when they love each other. Aaauuuwww! And that is the right way for husband and wife communicate. Please don't shout at your wife eh. Just look and whisper to them.  An advise from a single man to married man out there. Hahaha. Last but not least, when you argue, please do not let your hearts get distant or say words that distance each other even more, or there may come a day when the distance is so great you will not find the path back to each other. Think about it mates!

Tuesday 25 January 2011

tidak pernah ada yang sama

aku bangkit setiap pagi mengharapkan perubahan. namun aku masih lagi tidak dapat merasakan perubahan walaupun hari hari ku adalah berbeza. tidak pernah ada yang sama. yang sama hanyalah perasaan mendambakan kehadiran kau.

Tuesday 11 January 2011

ucapan tahniah ana kepada ana

tahniah ana! walaupun sukar untuk aku jangka keputusan ajl kali ni tapi sangkaan aku mengena sebab di ajl ni lagu yang bertanding bukannya artis atau penyanyi . jadi kenapa la ada orang yang pertikaikan keputusan itu. haha. lagu itu sendiri yang menang. walau pun aku tak tengok ajl malam tadi aku tetap katakan yang tolong ingatkan aku memang layak menang. sebab pertandingan juara lagu ni dah bermula sejak lagu tersebut masuk muzik muzik lagi bukannya malam tadi. walaupun ana demam dia masih mampu memenangi anugerah itu. malam tadi hanya tempat untuk merebut persembahan  terbaik sahaja. satu lagi, pagi tadi dalam bicara pagi MHI wardina safiyyah memeluk ana sewaktu menemu bual ana. kau boleh bayangkan bila seorang wanita ingin memeluk wanita lain yang wanita itu dah lama kenal tapi baru pertama kali berjumpa. haha. wardina kata walaupun baru berbual dengan ana sekejap tapi dia kata dia dah boleh tahu ana ni jenis macam mana. dan dia rasa nak peluk ana. siapa sangka gadis tiga venus ini telah melangkah jauh. fynn jamal dan wani ardy bila mau ikut jejak ana? haha.

Wednesday 5 January 2011

a 'pak ngah' to be

Nowadays, I believe that many of us spend a lot of time on careers or pursue on career if we didn't have one like me and have little chance to the network. The world we live in does not give us much opportunity to expand our social circle. Facebook is not enough right? In the past women only thought about finding the right man and settling down being a good wife and mother. But now they also want to build a life and being independent. I know all of us want to marry the person we love. Just like me, but i would not to rush to it because i would take time to choose my partner as I do not want to end up with any person who do not value marriage, or marries just because she has to. Before, I have someone that i think would end up with but only He knows what happen to us. I will try my best to not regret it because I believe it was His will. Marriage is no that easy you know. Once we marry, we do not marry our wife or husband only but we married her whole family. So we must choose carefully. Neither do i want the risk of hurting my family or her family. Can you imagine the mental stress you would encounter if you married someone who cannot get along with your sibling and parents. Many people who have girlfriend wish that they do not have. Worst, many people who are married wish they are not, just as many people who are single wish they are married. What is important is to choose what is right for yourself because there are pros and cons to being single or have a partner. So, i would like to advise myself and you to not feel bad about not being able to find a significant other. Just keep your self busy, stay fit and healthy. Go out and get to know more friends. InsyaAllah, someday you will find what you searching for. Like my big brother, before his marriage, he has struggle to have a good job. Now, he found one. Then, he get marry with woman he love who is his classmate at secondary school. I wish i will be like him. Hahaha. Good news is they will have new guy in 8 months time. Haa! And i am a 'pak ngah' to be. 

Monday 3 January 2011

tu pun kalau kau mahu

alahai nasib. pelik la aku rasa tapi ia nya benar. mane la rezeki aku pergi. meh la sini berdamping dengan aku. oh, ok sebelum tu ni aku nak kasi tahu kat para siswazah yang mohon KPLI ambilan Januari 2011. khususnya yang memohon untuk masuk sekolah cina dan tamil. lagi khusus, pemohon yang berbangsa Melayu seperti mana aku. tentu korang semua dapat menduduki M-test kn? tahniah ye. tapi kan berapa kerat je korang yang dapat interview ye? mahu la aku tahu sebab ramai-ramai kawan aku yang mohon hanya sorang je yang dapat interview tu. tapi dengar cerita la interview die tak lepas. dan beberapa mingu yang lepas aku dapat la interview GSTT kat PPD Gombak sebab kat sana je la yang aku mintak. kat sana aku jumpa seorang budak laki ni, dia kata KPLI hari tu sesiapa yang memohon untuk ke sekolah cina dan india kena lulus bahasa cina atau bahasa india. hem, hampeh. kitaorang yang tak pernah ambik bahasa cina or india ni pe cer? patut kawan aku yang sorang tu dapat interview sebab dia tu berbangsa cina. mesti dia ambik bahasa cina di sekolah dulu kan. takpe lah dah memang tak ada rezeki. berbalik pulak pasal interview aku tu. ramai-ramai yang datang interview pada hari kedua tu hanya 3 orang je lelaki. haih, terasa ada sinar lah di situ. haha. interviewer yang interview aku pulak bukan main banyak dia tanya. tapi semuanya soalan yang aku yakin aku telah jawab dengan jayanya lah. apa yang dia tanya hanyalah kalau situasi macam atau macam tu, anda sebagai guru apa yang anda akan buat dan apa pandangan anda. alamatnya  aku terus lah berfikiran sebagai seorang guru. sedap aku jawab soalan soalan dia. akhir interview tu dia siap bagitahu yang aku ni boleh jadi seorang guru yang baik. senyum lebar aku. sebelum keluar sempat aku interview balik diorang. huahua. tapi kan sekarang ni kawan aku yang memohon sekali dengan aku dah pun lapor diri minggu ni. aku ni tak ada dapat apa call pun lagi. ntah la. tak ada rezeki kot. dulu aku memang tak suka profesion guru ni sebab aku tak suka sikap segelintir guru di sekolah dulu. tapi bila aku fikir balik, guru ni satu profesion banyak kelebihan dan aku mula sukainya. rugi pulak rasanya aku tak ambil sains dengan pendidikan kat UM dulu. tak pe lah dah lepas. mane tahu rezeki aku belum sampai lagi. aku hanya mampu berdoa,berusaha dan tawakal. Dia dah buat yang terbaik. kita hanya merancang tapi Dia yang tentukan. sama macam jodoh lah. kalau dah tak sekufu pun boleh. itu pun kalau kau mahu.

Saturday 1 January 2011

baru

Tahun baru dengan harapan baru. Visi dan misi yang baru. Cara yang baru. Hanya aku yang masih dahulu.