Masuk sekolah darjah satu. Cikgu tanya siapa nama. Umur berapa. Tinggal di mana. Berapa orang adik beradik dan anak ke berapa. Cita cita nak jadi apa. Huh. Semua jawapan aku ingat kecuali bab cita cita. Aku dah lupa la apa yang aku cita cita kan dulu. Aku rasa pernah nak jadi doktor, pernah jugak nak jadi jurutera, pernah jugak nak jadi cikgu, pernah jugak nak jadi bomba. Aish. Banyak pulak cita cita aku kan. Tapi sekarang apa yang jadi pada aku pun aku tak tahu. Cita cita aku pun aku tak tahu apa. Sekarang cita cita yang jelas cuma nak masuk syurga. Tapi itu cita cita semua insan islam di dunia ni kan. Tapi apa pula cita cita aku semasa hidup ni. Ah. Gelap lah rasa. Banyak benda kena pikir, banyak benda kena pertimbangkan. Nak sambung belajar pun bermacam kekangan yang ada. Ni lah bahana bila perjalanan hidup tidak di atur secara betul. Bila di fikirkan balik. Baru aku sedar, pilihan yang sebelum ini yang aku buat tidak betul. Kebanyakkan semua tangkap muat je. Tapi lepas aku berdiskusi dengan budak form 5 sorang tu. Membuat kan aku berfikir dua kali. Tak sangka kanak kanak itu punya fikiran seperti orang dewasa seperti mana dakwaanya yang perempuan mempunyai kematangan lima tahun ke depan berbanding lelaki. Mungkin betul. Haha. Berbalik cerita tadi, apa yang aku rasa minat, bakat, peluang dan cita cita perlu di atur supaya apa yang dicitakan menjadi kenyataan dan sekaligus menjamin masa depan. Tapi semua sudah berlaku. Aku redha, cuma aku masih berharap di hadapan masih ada jalan yang terang. Sekarang pun masih belum terlambat kerana aku percaya, kita tidak kalah selagi wisel penamat belum dibunyikan. Kita mesti kota kan kata kata cita cita kita.
No comments:
Post a Comment