Saturday 30 October 2010

MENANG!

the red warrior

pahlawan merah!

ah! tak dapat nak ke stadium. tensi tensi tensi! jasad aku kat depan tv kedai mamak, tapi semangat aku di stadium bukit jalil. gomo kelate gomo. biar mene tuh sek kito!

Sunday 24 October 2010

hanya biasa tidak istimewa

bertuah lah kita. sempurna anggota. sempurna akal. sempurna seperti yang lain. namun kadang kala perasaan tidak cukup ada. itu kerana kita tidak atau terlupa mensyukuri nikmatnya. pernah kah kita melihat insan yang kurang bertuah? pernah kah kita bayang kan jika kita di tempat mereka? ingat lah kawan. mereka sebenarnya lebih bertuah dari kita di sisiNya. jika mereka tidak berkemampuan untuk bercakap maka mereka tidak akan mengumpat. jika mereka tidak mampu melihat maka mereka tidak melihat sebarang maksiat. begitu juga jika mereka tidak mampu mendengar. mereka adalah istimewa kerana kita hanya lah biasa. sesungguhnya tuhan lebih sayang kan mereka. hingga kan aku terfikir alangkah baiknya jika aku seperti mereka. terjaga dari fitnah dunia fana ni. 4 hari aku berkomukasi dengan kanak kanak istimewa memberi seribu pengajaran kepada aku. bertugas sebagai fasilitator special science day di pusat sains negara telah menggerakkan minda aku yang beku. perasaan gembira kerana dapat menceriakan gologan istimewa memang sukar untuk di gambar. melayan kerenah kanak kanak istimewa begitu menguja andrenalin ku. kadang payah tapi seronok tetap dirasa. secara bukan manual nya aku jadi ketagih mahu melayan anak anak kecil . mahu jadi guru lah. ah! atau pun aku sudah bersedia untuk jadi bapa mungkin. hahaa.

Wednesday 20 October 2010

nur kasih

ke kanan bukan ke kiri pun bukan,
di tengah tengah pohon mengkudu,
emel jangan facebook pun jangan,
bersama sama menanggung rindu.

pantun ni aku petik dari brother in-team semasa diorang buat persembahan kat UM malam semalam sebelum diorang mempersembahkan lagu nur kasih. beliau cakap beliau dapat pantun ni dari seorang ustaz yang menjawab pertanyaan seorang muridnya yang tak dapat menahan rasa cinta nya terhadap seorang wanita. masyaAllah, kalau la dari dulu lagi aku sedar akan hakikat ini. alangkah baik nya. namun aku menadah tangan tanda syukur kerana aku sedar hakikat ini walaupun sudah agak terlambat. namun, aku rasa tidak salah sekiranya sekali sekala aku bertanyakan khabar mereka kan? kan? kan?

aku sebenarnya nak buat posting pasal rock kapak. sebab kadang kadang aku rasa muzik zaman pak cik aku muda muda ni ada die punye roh tersendiri. tiba tiba kan. aku pun terasa nk simpan rambut panjang panjang macam pak cik aku buat. tapi next time je lah cite eh. ayah aku? oh ayah aku tak macam pak cik aku. dia dari muda lagi berkopiah.he. tapi pak cik aku sekarang pun berkopiah. surau pun dah jadi rumah kedua beliau. insyallah aku pun menyusul nanti di belakang mereka. haaa.