Sunday, 9 September 2012

re itu re ini

Macam dah lama terbiar blog ni. Macam la sibuk sangat kan sampai tak ada masa nak update. Padahal banyak benda yang terjadi, tapi blog ni bukan tempat aku meluah rasa. Aku dah jumpa tempat lain yang lebih baik untuk meluahkan semua kekusutan yang ada. Jadi sekarang ini blog ni aku nak jadikan catatan seperti yang sepatutnya lah. Tempat untuk berkongsi apa jua samada ilmu atau pengalaman. Tapi aku dah kering idea nih tak ada benda update. So sampai sini dulu sementara idea datang lagi. re-blog n re-set.

Saturday, 28 July 2012

Thursday, 19 July 2012

Tatkala hiba gantang menerpa

Risau bila memikirkan perkara yang ada di hadapan. Kecewa bila terkenang lampau yang telah dilepaskan. Malu pada Tuhan bila meminta minta tanpa ada apa untuk diberikan sebagai balasan. Hanya mampu menadah tangan memohon peluang untuk ke sekian kali ini dengan harapan takdir kita yang akan menang.

Saturday, 7 July 2012

satu tak cukup

Bina masjid susah tak? Tidak lah kan sebab pak cik aku pun dah 2 masjid dia bina, siap cakap yang bina satu lagi masjid. Alahai, untung la mak cik aku yang tak basah dalam hujan air mata sebab pak cik aku bagi payung emas tanpa dia sedari. Pakai payung kalau hujan sekejap mungkin tak basah, tapi kalau hujan lebat ditambah pula dengan petir boleh banjir jadinya. Bila tembelang dah pecah, serius huru hara. Tunggang langgan jadi nya sekarang. Yang tua makan hati, yang muda balu anak 3 pula tak sedar diri. Risau bila dengan orang yang kahwin 15 tahun beranak 5 cakap yang dia tak bahagia dengan isterinya. Aish, kelu aku. Lagi tragis bila aku diminta beri pendapat kalau mereka berdua berpisah. Boleh bergegar tiang arash tuh. Mak cik aku macam sudah mengalah, katanya tak ada makna hidup bersama kalau dia sudah tak ada dalam hati pak cik aku. Terdiam aku, aku hanya mampu berpesan supaya bersabar tapi sakit yang dia rasa tak boleh aku bayang kan. Ya Allah jadikan mereka golongan orang yang adil kepada isteri-isteri mereka. Amin.

Thursday, 7 June 2012

May I forget May 2012?

Dah June. Dah tua. Dah nak sampai masa. Dah dah dapat S tiga. Dah ler tu. Dah lupa? Tidak. cuma dah je dah.

Sunday, 22 April 2012

ke awangan

Dalam aku sibuk menguruskan kewangan orang lain, dan pada masa yang sama pengurusan kewangan aku berterabur. Perlu menyusun semula. Perlu! Mane la aku nak cari tips pengurusan kewangan ni. Takkan sampai nak ke AKPK, melebih sudah tu. 

Sunday, 25 March 2012

istiqamah

hamba Mu yang lemah ini memohon hidayah dan ketetapan hati yang berterusan dari Mu ya Allah
There was an error in this gadget