Saturday, 7 July 2012

satu tak cukup

Bina masjid susah tak? Tidak lah kan sebab pak cik aku pun dah 2 masjid dia bina, siap cakap yang bina satu lagi masjid. Alahai, untung la mak cik aku yang tak basah dalam hujan air mata sebab pak cik aku bagi payung emas tanpa dia sedari. Pakai payung kalau hujan sekejap mungkin tak basah, tapi kalau hujan lebat ditambah pula dengan petir boleh banjir jadinya. Bila tembelang dah pecah, serius huru hara. Tunggang langgan jadi nya sekarang. Yang tua makan hati, yang muda balu anak 3 pula tak sedar diri. Risau bila dengan orang yang kahwin 15 tahun beranak 5 cakap yang dia tak bahagia dengan isterinya. Aish, kelu aku. Lagi tragis bila aku diminta beri pendapat kalau mereka berdua berpisah. Boleh bergegar tiang arash tuh. Mak cik aku macam sudah mengalah, katanya tak ada makna hidup bersama kalau dia sudah tak ada dalam hati pak cik aku. Terdiam aku, aku hanya mampu berpesan supaya bersabar tapi sakit yang dia rasa tak boleh aku bayang kan. Ya Allah jadikan mereka golongan orang yang adil kepada isteri-isteri mereka. Amin.

No comments:

There was an error in this gadget