Monday 30 May 2011

#0552 tujuh sebelas

berkecamuk. berdebar pun ada. ada benda baru menanti. cabaran yang baru. tinggalkan yang lama yang sememangnya sudah lama aku ingin tinggalkan. tapi bila dah tiba masa untuk tinggalkan, rasa lain macam. banyak yang telah dipelajari di sana. tentang hidup. terasa sayang kan untuk tinggalkan suatu kebiasaan. tujuh bulan bukan sekejap. tapi aku perlu ucap selamat tinggal. huh.

Saturday 28 May 2011

apa yang?

apa yang paling dekat dengan kita?

MAUT.

apa yang paling besar ada pada kita?

NAFSU.

apa yang paling jauh dari kita?

MASA LALU.

Thursday 5 May 2011

tapi, tapi apa?

Kadang pernah terfikir. Mengapa tatkala cinta menyapa aku tidak pernah membalas walaupun hati aku tidak berkata tidak padanya. Pelik. Bukan tak mahu. Bukan juga malu. Tapi, tapi apa? Bukan memilih, bukan juga jual mahal. Tapi, tapi apa? Aku nak, bukan tak nak. Tapi, tapi apa? Buat mereka yang pernah aku beri harapan. Aku memohon maaf. Mungkin takdir sudah menentukan yang kita masih belum boleh bersama. Aku masih menagih cinta lama? Ah tidak. Aku sudah boleh menerima kenyataan yang sekiranya sayang tak semestinya bersama dan cinta tak semestinya sejiwa. Semua itu sudah aku benamkan jauh tanpa sisa di dalam jiwa aku. Aku cuma menanti moga sang puteri penghias dunia, penunjuk jalan ke syurga datang menyapa. Percayalah. Aku akan terima jika dia yang Dia ciptakan untuk aku.

Sunday 1 May 2011

menanti pelangi selepas hujan lebat

aku jahat. tapi itu dulu insyallah. insan mana tak pernah buat silap dan salah. masa muda aku terbuang. ranap tak bermaruah. takut bila nanti Tuhan tanya apa yang aku telah buat di masa muda ku. namun muda ku belum berakhir kan. masih sempat lagi. aku rasa lah. hidup di dunia ini tak aku rasa tenang. apatah lagi di akhirat kelak. mengharap kan keredhaan Nya menyelubungi aku. agar tenang akan aku temui. demi menuju cinta yang abadi.