Sunday 20 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Alhamdulillah.. Akhirnya hari raya telah tiba. Kepada semua yang mengenali diri saya, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada melakukan kesalahan... Ampun... Selamat menyambut hari raya... Buat abang yang petama kalinya beraya di perantauan, jangan menangis ye. Orang kat rumah ni ingat je kat abang...
Salam aidilfitri.

Thursday 17 September 2009

Kampung oh kampung!

Hem.. Rajin la pulak rase nak buat post baru. Semangat nak balik kampung kot. Walhal tak ada benda yang nak dibicarakan pun. Kepala aku pun dah kat kampung. Badan je belum sampai lagi. Aku ingin lari kesibukan kota dan kerja berlambak ni. Tinggalkan semua masalah kat sini dengan harapan ada penyelesaian yang menanti masalah ini. Kusut!

Mohon kemaafan semua!

Hari raya belum tiba lagi. So, tak perlu wish lagi kot. Tapi aku tak kira, aku nak korang semua maafkan aku sekarang. Tak perlu tunggu-tungu lagi dah. Sebab aku ni kadang-kadang tak tahu yang aku ni buat silap dan kadang-kadang tahu pun buat-buat tak tahu je. Malam ni dah nak gerak balik kampung. Doakan perjalanan kami selamat. Pulang dan kembali. Tak sabar nak makan ketupat pulut, aku tak suka sangat ketupat nasi.