Thursday, 27 October 2011

tak pernah pernah jadi macam ni

semalam tidur lepas subuh sampai azan zohor.
lepak tengok tv petang, terlena dari jam 4 ke jam 6.
malam ni sampai ke subuh aku tak boleh lelap.
abis benda aku buat. habis benda aku fikir.
moga tuhan ampunkan dosa-dosa aku.
amin.

Sunday, 23 October 2011

sangat tragiskan

Hari ni ada final RWC 2011. Tahniah All Blacks sebab benamkan Les Bleus. 8-7 quite close kan. Anyway, menang tetap menang. Tapi lain pulak cerita MotoGP, race kat SIC kena kansel sebab ada crash yang menyebabkan kematian. R.I.P Marco Simoncelli. Tapi tahniah aku ucapkan kat racer negara Zulfahmi. Dia berjaya habiskan race di tempat ke-9 di tempat sendiri dalam kelas 125cc. Pencapaian yang agak membanggakan. Wondering, bila la aku nak dapat superbike sendiri. Ducati Monster 795 pun mengancam jugak. Sabar lah ye wahai hati.

Sunday, 16 October 2011

si anak dan si ayah

Pada suatu hari, si ayah mengajak anak dan isteri beliau keluar makan bersama memandangkan mereka sudah lama mereka tidak keluar bersama. Si ayah sibuk dengan perniagaan beliau dan si ibu juga sibuk menjaga butik miliknya. Kebetulan pada hujung minggu itu si anak iaitu satu satunya anak tunggal si ibu dan si ayah pulang ke rumah bercuti hujung minggu dari kuliah nya di universiti. Si anak sibuk belajar untuk mendapatkan segulung ijazah dalam bidang perniagaan bagi mewarisi legasi perniagaan ayahnya. Oleh sebab itu mereka semua jarang bersua muka. Masa-masa bersama mereka amat terhad dan sebab itulah si ayah tidak mahu melepaskan peluang untuk keluar bersama-sama. Kali ini si ayah membawa keluarganya ke sebuah restoran makanan arab. Mereka hanya duduk di luar di meja biasa walaupun mereka kaya tapi mereka tak kekok untuk tidak duduk di tempat berhawa dingin atau vip. Selepas memesan makanan mereka berbual mesra, masing-masing bercerita tentang perkembangan terbaru. Sesungguhnya mereka adalah sebuah keluarga yang bahagia. Sedang si anak bercerita tentang projuek akhir nya di universiti, ada seorang wanita tua menyapa. Wanita itu kelihatan naif sekali, sambil memegang bungkusan tisu dia mendekati si anak nak berkata " nak tolong mak cik, mak cik jual tisu". Tanpa banyak bicara si anak mengeluarkan sekeping wang kertas RM50 dari dompet nya lalu memberi wang tersebut kepada wanita tua itu. Si anak tidak mengambil bungkusan tisu yang di berikan oleh wanita tua itu kerana niat si anak adalah semata nak menolong wanita tua itu, bukan nak membeli tisu itu. Sambil mengucapkan terima kasih, sekilas senyuman dilontarkan oleh wanita tua kepada si anak. Kemudiannya, si ayah kelihatan membuka dompet nya juga. Sambil berkata" nah mak cik", si ayah menghulurkan wang kertas RM1 kepada wanita tua itu. Si isteri tergamam melihat perbuatan suaminya. Tanpa berkata apa apa, wanita tua itu berlalu dari tempat itu. Si anak yang juga terkejut melihat perbuatan si ayah terus bertanya "kenapa ayah bagi seringgit je kat mak cik tadi?". Dengan selamba si ayah membalas " kau boleh la bagi banyak, kau anak orang kaya. ayah anak orang miskin je". Semua terdiam seketika.

cerita asal : badio
There was an error in this gadget