Thursday 31 December 2009

Nothing new, only the year

It's new year eve! KL become so quiet. Hem, not KL lah, its UM. Everybody go out. But I still dont know if i wanna go out or not. Actually, aku penat sangat hari ni. Aku buat part time job hari ni.. Maybe we shouldn't called it part time. Because maybe it just for this time, just once and no the other times. Aku ambik upah passing flyers untuk satu event kat Subang Avenue. Penat seyh, tapi agak berbaloi la. Aku ambik port kat KTM Subang. Fuhh, flyers yg setebal 2 bijik Kamus Dewan edisi terbaru( aku tak tahu edisi berape yang paling latest) tu terpakse aku passing kat orang.. Mak ai, bukan main susah nak habiskan, ade yang tak nak, ade yang langsung tak layan. Gila aku rase, and now i realize what it feels when somebody didnt accept the FOC flyers that given to u for u to throw it.. So this year, my new resolution; I will not reject if anybody give me any flyers! Because i already know what it feels.. So kalau korang free, pergi la kat Subang Avenue untuk beli nokie E model, iphone, dan Blackberry dengan harga yang murah. Tapi apa yang aku pasti semua handphone adalah tiruan, macam hp N3310 pakai housing daun..

Monday 28 December 2009

Membatukan dunia ke sembilan

Itulah yang loque cakap. Event ni pada mulanye aku dengar nak buat kat Sunway Lagoon, tapi last-last buat kat Bukit Jalil. Ada 67 band yang perform kat 3 stage; main stage, indie stage dan chill out stage. Aku rase Rock The World 9 ni kureng la sikit. Tengah hari aku dan acik lepak kat indie stage, petang je baru kitaorang tengok main stage. Tengah hari tu panas gila. Dah la duk atas tar, memang terasa la bahangnye. Nak mosh pun tak de mood. Petang tu plak hujan lebat. Perfomance kena tangguh. Band yang main session lepas hujan terpaksa main 2 lagu je sebab kesuntukan mase. Line up band dah best tapi mase tak cukup sebab delay lame sangat tunggu hujan berhenti. Tapi aku enjoy gak la walaupun sakit kepala sebab kena hujan. Kalo aku nak cite satu-satu band yang main memang panjang la jadi entri ni. Tapi aku nak citer satu band je yang best giler, iaitu Kugiran Di Tepi Pantai. Diorang buat intro main lagu Muse, lepas tu diorang main lagu klasik dan lame seperti dara pujaan, bunyi gitar, i want to hold your hand and ending dengan lagu Elvis. Seronok aku tengok crowd bertwist. Pakcik Kombat memang best..Hahaha.. Last band kat main stage ialah Bunkface. Aku balik mase diorang tengah perform sebab mase second song diorang, letrik dah kena tutup. Aku rase tu bukan gimik tapi memang dah kena switch off sebab mase tu dah midnite, macam Kami the Gig dulu pun macam ni gak. Lagi satu yang aku tak puas hati, tahun takde free T-shirt, terpaksa la aku beli. Berebut T-shirt yang diorang baling tak dapat. Hampeh.

Wednesday 23 December 2009

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Macam seronok je budak tu main air. Haaa... Kalau pergi Putrajaya pastikan singgah sini ya, buat 5 yang wajib tu. Tapi korang jangan sekali-kali tiru budak-budak ni. Tak baik. Gila. Hemmm... Dah lama tak menulis ni, banyak sangat nak tulis sampai tak tahu ape yang aku nak tulis dulu. Takpe lah, aku tulis yang ni je dulu, misi aku ke Putrajaya untuk dapatkan data untuk buat tesis sambil merempit dengan Madi, Gku, Rio, Aiman, dan Fendi. Alrite, nanti bukak sem aku cite lagi ape program aku mase cuti... Ciao mates!

Wednesday 25 November 2009

Best Friend F**king

Actually, i'm a little bit confused with the BFF meaning. But when i asked Azali, he made me clear what the real meaning for the acronym. It's totally different from what i had been thinking. Hahaha... I just wanna say thanks to you all for helping me to study and enjoy campus life at the same time. Especially to Azali and my roomate Aiman. I owe you guys! Same goes to Sam and Hana. Azmi! Thanks for let me join your dating! Haaa...!

Sunday 15 November 2009

4th fly in the rain

Fly fm birthday bash comes again. Dilema aku dibuatnye, mahu pergi atau tidak sebab hujan dan exam. Nasib baik renyai-renyai je. Aku pun pergi je la. Hem, aku malas nak menulis sekarang ni, so aku tulis pendek-pendek je eh. Straight to the point, show diorang memang best. Disagree play Osaka with gamelan. Teruja aku. Lama tak tengok diorang. Memang layan la. Zahid memang mantap. Estranged gempak giler, sampai Rich habis suara. Last song diorang Itu kamu Rich lansung tak boleh nyanyi sebab sebelum tu dia all out meraung dengan alunan yang agak jelas kemetalannye..he. Lepas tu superman Malaysia keluar. Crowd suruh dia buka baju lagi..haha. Asyik aku tengok skill drummer Faizal tuh. Mantap! Yuna pun makin cantik..haha. Bittesweet pula kali ni keluar dengan gaya slumber, pelik rase sebab jarang tengok diorang dressing macam tuh.. Last yang aku tengok adalah Bunkface. Banyak kelainan yang diorang buat. Crowd definitely like them. Layan. Bunkface main lagu baru diorang yang kalau tak silap aku tajuk dia soldier of love. Best, kali ni Sam betul-betul nyanyi. Lunak suara mamat tu. Lagu tu sedap. Walaupun dalam hujan, aku dapat enjoy the show dari jauh. Ciao!

Sunday 8 November 2009

Apo konoi eh jang?

Semangat hilang.
Geram datang.
Marah mengundang.
Pekerti dilupakan.
Banner dijatuhkan.
Botol dilontarkan.
Mercun dinyalakan.
Kerusi dibakar.
Penyokong keluar.
Tinggal penantian...

Monday 2 November 2009

Tak ber'GEGAR" sangat

Event yang RTM buat memang tak best.huh. Asyik kena tunggu dan tunggu. Dah la crowd tak ramai, tak happening sangat. Ni nak ceriterakan sikit ape yang berlaku malam tadi. Aku sampai je Pesawat sedia untuk berlepas kat atas pentas tu. Nasib baik la diorang cool walaupun kena tunggu lama gak sebelum dapat buat rakaman. Siap main lagu lagi sebab tak nak crowd yang sedikit tu bosan. Lepas tu Estranged pulak yang menggegarkan suasana. Estranged macam biasa la. Terbaik. Maximus punye perfomance pun ok. Tapi aku tak layan sangat diorang. Haaa.. Ana Raffali memang mantap. Dah la ayu.. Sejuk mata aku tengok die berbaju kebaya biru. Macam tutor geo aku je dia tu.Haha... One nation emcee best gak la diorang nyanyi lagu Black Eyed Peas. Mimi cukup mengegarkan. Hahaha... Aisunam pula memang buatkan kepala aku ke atas dan kebawah tanpa aku sedari. Aizat pun ada gak, lagu baru dia yang bertajuk silang kata kalau tak silap aku,best masa main set akustik. Lepas je Aizat turun, apa yang aku tengok malam ni mucul iaitu Azlan and the typewriter. Satu benda aku nak cakap, kelibat si penyair memang kesukaan aku! Band yang paling last diorang letak Bunkface.. Budak yang kat depan aku sejak dari awal lagi duk tunggu nak tengok diorang bukan main bersorak. Kecik-kecik pun dah minat Bunkface, pastu ada pulak minah yang yang bising duk i love sam. Aduh , fanatik betul. Bunkface punye persembahan pun macam biasa. Bagus. Semua band yang perform malam tadi memang mantap, tapi RTM memang hampeh. Aku tak suke.

Sunday 1 November 2009

Gegar Generasiku

Akhirnya aku ada sesuatu nak tulis kat sini. He.. Lepas balik breakfast makan roti canai kat Pantai Dalam pagi tadi, aku singgah kejap kat angkasapuri nak usha event Gegar Generasiku. Masuk je tengok budak- budak shuffle kat pentas. Ada competition kot. Tapi yang paling menarik aku tengok adalah Mr. Freestyler. Dia punye skill memang hebat la. Buat bola macam melekat-lekat je kat badan dia. Tapi yang paling penting malam ni ada konsert. Aku teringin nak tengok Azlan And The Typewriter. Ada sesiape nak ikut tak?

Thursday 15 October 2009

Is This It Room On Fire The first Impression of The earth

Last Nite, when Evening Sun On The Other Side of Heart In Cage. The Modern Age Ask Me Anything, What Ever Happenned to New York City Cops.It is Under Control Vision of Division. Someday, 15 Minutes from 12:51 you will Meet Me In The Bathroom with Alone,Together and it is Barely Legal. Between Love & Hate we try to Killing Lies and I Can`t Win. The Fear Of Sleep is really Hard To Explain because You Talk Way Too Much till The End Has No End. Electricityscape make the Automatic Stop at the Red Light. Is This It the Juicebox that you should Take It Or Leave It with the Razorblade. You still Trying Your Luck because you know that You Only Live Once and live The Way It Is.Then, Ize The World of Soma and Reptilia.

Saturday 3 October 2009

Malam Selingkar Kasih Ke-24

Ni kat majlis perpisahan budak-budak tingkatan lima Sekolah Seri Puteri di Dewan Seri Endon. Sebagai abang mithali maka aku dengan rasminya telah mengambil kembali kembali adindaku yang telah diserahkan kepada bonda pengetua SSP pada lima tahun yang lepas. Sayu je rase. He.. Tambah lagi bila tengok diorang nyanyi dengan riak yang jernih memang menyentuh perasaan la. Orion! Korang memang bukan bintang biasa. Buat aku teringat je kat zaman aku sekolah dulu. Tapi, aku punya majlis perpisahan pun tak adalah macam tu sekali. Jeles aku. To mira, enjoy your last days at your school. I bet you gonna miss it. This is the time for you to create the moment with your friends and don't forget that your real life is about to begin. So, treasure it. All the best!

Sunday 20 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Alhamdulillah.. Akhirnya hari raya telah tiba. Kepada semua yang mengenali diri saya, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya ada melakukan kesalahan... Ampun... Selamat menyambut hari raya... Buat abang yang petama kalinya beraya di perantauan, jangan menangis ye. Orang kat rumah ni ingat je kat abang...
Salam aidilfitri.

Thursday 17 September 2009

Kampung oh kampung!

Hem.. Rajin la pulak rase nak buat post baru. Semangat nak balik kampung kot. Walhal tak ada benda yang nak dibicarakan pun. Kepala aku pun dah kat kampung. Badan je belum sampai lagi. Aku ingin lari kesibukan kota dan kerja berlambak ni. Tinggalkan semua masalah kat sini dengan harapan ada penyelesaian yang menanti masalah ini. Kusut!

Mohon kemaafan semua!

Hari raya belum tiba lagi. So, tak perlu wish lagi kot. Tapi aku tak kira, aku nak korang semua maafkan aku sekarang. Tak perlu tunggu-tungu lagi dah. Sebab aku ni kadang-kadang tak tahu yang aku ni buat silap dan kadang-kadang tahu pun buat-buat tak tahu je. Malam ni dah nak gerak balik kampung. Doakan perjalanan kami selamat. Pulang dan kembali. Tak sabar nak makan ketupat pulut, aku tak suka sangat ketupat nasi.

Sunday 9 August 2009

Road Tour De Varsity


Konvoi bermotorsikal di sekitar Kuala Lumpur untuk mempromosikan Festival Konvokesyen Universiti Malaya '09 (FESKUM '09).

Monday 3 August 2009

Motorsikal tua












Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku setiap masa
Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar motorsikal tua
Orang biasa motorsikal tua
Walau kemana ia meminta
Kubawa dengan hati yang bangga
Senang melihat ia ketawa
Duduk di palang motorsikal tua
Biar pun hidup aku begini
Bermotorsikal setiap hari
Namun hatiku riang selalu
Tiada hutang datang mengganggu
Angan-angan ku disuatu masa
Motorsikal kan ku tukar kereta
Tapi kekasihku tidak setuju
Mungkinkah dia rasa cemburu
Orang biasa motorsikal tua

Monday 20 July 2009

wa waaa....!


Hey hey my my....
My new mouth...
Sorry for any inconvenience neighbours.
Grreennnnggg!!!

Friday 10 July 2009

Ku dah kembali!

After a long nothing to do holiday, now I'm back with some new hope. Hem, it's not new anyway. Just like every time when new semester come. More hard work and more success. At least, I'm aware of that. I'm not sure that i can do better right now with too many problem and obstacles in front of me. But i''ll face the difficulties and take it as a challenge for me to success. Wish my luck mates!

Friday 29 May 2009

Ku dah balik!

Sekarang aku ada kat rumah. Cuti. Nak kerja tapi malas. Jadi, duduk diam-diam tak buat apa-apa. Lepak dan lepak. Em, kat tepi ni gambar budak geo yang bosan duduk dalam bas di Pulau Pinang. Sakit badan pun tak hilang lagi. Nak berurutlah!

Wednesday 13 May 2009

Padang Kota

Aku pun tak tahu apa yang terjadi kat dalam gambar ni. Macam kanak-kanak riang je kan. Pikir la sendiri apa yang kami buat kalau kamu mahu fikir,kalau tak nak tak payah fikir. Tutup cerita.

Wednesday 6 May 2009

Lapang

Bosankan kalau peperiksaan dah habis? Siapa ada idea nak pergi mana-mana bagitahu aku. Hem... Ku nak balik belum boleh lagi. Tidur dan tidur je la nampaknya. Adoi la! Pendekkan hayat je.

Sunday 26 April 2009

So samo

Sek kito sedak lagi pado sek dio. Bo mene penati jah. Tok soho. Sek kito konker maine. Male ni tak dok nasib jah. Pahni tok wi muko doh ko sek demo. Tengok la tengok.
Gomo Kelate Gomo!!!
Gomo Kelate Gomo!!!

Friday 24 April 2009

Gomo Kelate Gomo!

Perlawanan akhir TM Piala FA

Kelantan vs Selangor

Stadium Nasional Bukit Jalil
25 April 2009
Pakat gi blako sek kito!

Tuesday 21 April 2009

Slow and study!

Cramming for my exam!
ADEA 3333
SFES 2211
ADEA 2102
ADEA 3326
ADEA 2123
SGES 1271
ADEA 3330
GNEK 2042


Friday 10 April 2009

Sehati berdansa

Mungkin macam ni lah mak dan ayah aku zaman muda-muda dulu... Agaknya lah,he. Aku tak tahu la siapa punya idea nak jadi makan malam tu satu makan malam yang buruk. Eh, bukan buruk la, retro. Ahaks!

Wednesday 1 April 2009

Sos + tepung + telur

Bukan nak buat jemput-jemput ataupun cekodok tapi hanya 10 biji telur dipecahkan di kepala, sekilo tepung diadun dengan pakaian dan 3 botol sos tomato dan cili untuk dicicah. Adik-adik... Please don't try this at home... Bahaya. Happy birthday to eme and balqis. Jangan simpan dalam hati eh...Haha..

Sunday 29 March 2009

Earth Hour

March 28, 2009 at 8:30 pm. Millions of people in hundreds of cities around the world came together once again to make a bold statement about our concern about climate change by doing something quite simple,turning off our lights for one hour. Earth Hour symbolizes that by working together, each of us can make a positive impact in the fight against climate change. It is because we only have one earth!

Geologist

Aku tak sangka yang Nad boleh buat gaya macam ni. Hahaha.. Fieldwork kali ni tak lebih dan tak kurang macam pergi melancong. Sesungguhnya gambar orang adalah lebih banyak dari gambar batuan. Ni adalah kali pertama aku pergi Batu Caves. Tak tahan aku dengan bau yang ada kat sana. Nasib baik aku tak pengsan. Tangga dia pun boleh tahan la buat lutut aku jadi longgar...

Thursday 26 March 2009

Orang Kecil - Wani Ardy

Aku suka sangat lagu ni. Sangat bermakna. Kord ni aku cari masa aku terponteng kelas kerana hari hujan lebat. he.. Kalau ada salah bagitau ye.. Maklumlah aku hanya orang kecil, selalu buat kesilapan. Jom layan. zzzaasss...

Intro: C Em Am G F

C Em
Hari ini ku lihat awan biru
Am G F
Dan hijaunya dedaun
C Em
Ku lupa betapa indahnya
Am G F
Kehidupan yang sebenar

Am G F
Tersesak dalam cita
Am G F
Diuji dan diduga
Dm
Namun aku ini
G
Hanya orang kecil

c/o

C
Jauhnya cinta
G
Jauhnya bahagia
Am
Lelah gelita
Em
Kosongnya jiwa
F
Ku impikan bulan
C
Ku terjatuh di bintang
G
Bersyukur apa ada
C
Ku kan sampai ke sana

C Em
Hari ini ku lihat teman ku
Am G F
Dan separuhnya bersatu
C Em
Ku lupa betapa indahnya
Am G F
Kehidupan yang sebenar

Am G F
Tersungkur bangun lagi
Am G F
Komplikasi duniawi
Dm
Namun aku ini
G
Hanya orang kecil

ulang c/o

F
Bersyukur apa ada
G C
Ku kan sampai ke sana

Wednesday 25 March 2009

Fire Drill

Adui la... Kolej buat fire drill. Tak ada masa aku nak join. Aku baru balik, tapi tak boleh nak naik bilik sebab pak guard tak kasi, diorang bimbang jadi perkara yang tak di ingini pulak kan. Terpaksa la aku tunggu kat luar gate. Adib pulak bising nak jerit "5th sucks!!!"

Sunday 15 March 2009

City of Entertainment

Nak muntah rasanya waktu naik Spinner. Rasa takut memang tak boleh nak halang la. Tapi Space Shot memang terbaik la. Kecut rase bila nak turun tu. Hahaha... Sampai minah tu pun diam tiada berkata-kata. Pucat sampai ke tulang. Hampir semua permainan kami cuba. Seronok bangat. Tapi sayang gambar kami tidak dapat diselamatkan. Hehehe..

Monday 9 March 2009

Aaaarrrggghhh!!!

Should I stay or should I go now?
If I go there will be trouble.
And if I stay it will be double.
So come on and let me know!

Friday 6 March 2009

Al-Kisah Cucur Udang

1 cawan tepung. Segenggam taugeh
Seikat kecil daun kuchai (atau daun bawang). 1 camca tepung kunyit. Sebiji telur. Segenggam kecil udang, udang kering atau ikan bilis. Lada putih, sos ikan (thai) dan secubit garam. Gaulkan kesemua bahan di atas. Goreng dengan minyak panas.

Sedap... Ada dijual di kafe FSSS. Sesuai dimakan sebelum masuk kuliah yang membosankan.

Tuesday 3 March 2009

Come fly with me, let's fly, let's fly away...


Ni wau bulan..
Nak bagitau kot ada yang tak kenal. Sangat popular kat Kelantan. Di Kelantan sume benda nak bulan je. hee..

Friday 27 February 2009

$




Ni semua aku punya...
Hemmm... nak buat ape ek...?

Saturday 21 February 2009

The Tick - How much left?

Lepas tengok Yuna, Estrella dan lain-lain semalam kat Gazebo ada la mamat kasi aku promo cd band diorang. Aku dah dengar dah. Best. Ada dua track.Band ni boleh pergi jauh ni. Check out myspace diorang, www.myspace.com/thetick99
Support our local acts... Cheers lads!

Sunday 8 February 2009