Monday, 28 December 2009

Membatukan dunia ke sembilan

Itulah yang loque cakap. Event ni pada mulanye aku dengar nak buat kat Sunway Lagoon, tapi last-last buat kat Bukit Jalil. Ada 67 band yang perform kat 3 stage; main stage, indie stage dan chill out stage. Aku rase Rock The World 9 ni kureng la sikit. Tengah hari aku dan acik lepak kat indie stage, petang je baru kitaorang tengok main stage. Tengah hari tu panas gila. Dah la duk atas tar, memang terasa la bahangnye. Nak mosh pun tak de mood. Petang tu plak hujan lebat. Perfomance kena tangguh. Band yang main session lepas hujan terpaksa main 2 lagu je sebab kesuntukan mase. Line up band dah best tapi mase tak cukup sebab delay lame sangat tunggu hujan berhenti. Tapi aku enjoy gak la walaupun sakit kepala sebab kena hujan. Kalo aku nak cite satu-satu band yang main memang panjang la jadi entri ni. Tapi aku nak citer satu band je yang best giler, iaitu Kugiran Di Tepi Pantai. Diorang buat intro main lagu Muse, lepas tu diorang main lagu klasik dan lame seperti dara pujaan, bunyi gitar, i want to hold your hand and ending dengan lagu Elvis. Seronok aku tengok crowd bertwist. Pakcik Kombat memang best..Hahaha.. Last band kat main stage ialah Bunkface. Aku balik mase diorang tengah perform sebab mase second song diorang, letrik dah kena tutup. Aku rase tu bukan gimik tapi memang dah kena switch off sebab mase tu dah midnite, macam Kami the Gig dulu pun macam ni gak. Lagi satu yang aku tak puas hati, tahun takde free T-shirt, terpaksa la aku beli. Berebut T-shirt yang diorang baling tak dapat. Hampeh.

No comments: