Thursday 24 June 2010

hidup mesti diteruskan!

susah! semua perkara dihadapan aku sekarang kabur. aku seakan si buta yang mampu melihat. seumpama si kudung yang mampu berlari. seperti si bisu yang mampu menyanyi. namun! aku bersyukur kerana jasad aku sempurna. tapi aku merasa jiwa aku gelita tidak bercahaya. bantu aku! agar aku mampu melihat, berlari dan menyanyi di persimpangan cahaya yang terang benderang...

Monday 21 June 2010

the secret is no secret

kau dah tahu?
aku yang bagitahu?
aku dah tahu?
kau yang bagitahu?
kau tak tahu?
aku yang tak bagitahu?
aku tak tahu?
kau yang tak bagitahu?
kita yang buat tak tahu!

Tuesday 15 June 2010

Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Palapes IPTA Ke-29


Sabtu, 12 Jun 2010
29 Jamadilakhir 1431

Alhamdullilah akhirnya semua selamat. Susah payah aku bertahan dalam masa 3 tahun akhirnya membuahkan hasil. Pada harijadi, kami semua masuk padang kawad seawal pukul 6.45 pagi. Selepas perbarisan selesai kami terus ke dewan watikah untuk menerima watikah tauliah Yang diPertuan Agong yang diwakili kepada Raja Muda Perlis. Majlis tamat pada tengah harinya, dan selepas itu pula kami menghadiri majlis perjumpaan dengan menteri pertahanan. Pada sebelah malam pula, kami terlibat dengan commball. Terima kasih daun keladi kepada pasangan aku yang sudi menemani aku ke makan malam tersebut. Terindah! Tak lupa juga kepada semua pegawai muda, Leftenan Muda Mohamad 'Alim bin Abdullah PSSTLDM mengucapkan tahniah kepada anda semua!

ILMU PEMANGKIN KELESTARIAN KEDAULATAN NEGARA