Sunday 24 October 2010

hanya biasa tidak istimewa

bertuah lah kita. sempurna anggota. sempurna akal. sempurna seperti yang lain. namun kadang kala perasaan tidak cukup ada. itu kerana kita tidak atau terlupa mensyukuri nikmatnya. pernah kah kita melihat insan yang kurang bertuah? pernah kah kita bayang kan jika kita di tempat mereka? ingat lah kawan. mereka sebenarnya lebih bertuah dari kita di sisiNya. jika mereka tidak berkemampuan untuk bercakap maka mereka tidak akan mengumpat. jika mereka tidak mampu melihat maka mereka tidak melihat sebarang maksiat. begitu juga jika mereka tidak mampu mendengar. mereka adalah istimewa kerana kita hanya lah biasa. sesungguhnya tuhan lebih sayang kan mereka. hingga kan aku terfikir alangkah baiknya jika aku seperti mereka. terjaga dari fitnah dunia fana ni. 4 hari aku berkomukasi dengan kanak kanak istimewa memberi seribu pengajaran kepada aku. bertugas sebagai fasilitator special science day di pusat sains negara telah menggerakkan minda aku yang beku. perasaan gembira kerana dapat menceriakan gologan istimewa memang sukar untuk di gambar. melayan kerenah kanak kanak istimewa begitu menguja andrenalin ku. kadang payah tapi seronok tetap dirasa. secara bukan manual nya aku jadi ketagih mahu melayan anak anak kecil . mahu jadi guru lah. ah! atau pun aku sudah bersedia untuk jadi bapa mungkin. hahaa.

2 comments:

nadzkyn said...

jadi bapa yg tak boleh blah tuh!

Anonymous said...

haha!
biase lah. bapa mithali to be.