bila orang dah kata tak tu memang tak lah kan. kadang aku ni bodoh bangang tak pernah reti nak faham. kalau aku faham pun aku saje yang buat tak faham rasanya. tak apa lah, kali ini aku cuba jadi positif. terima dan menerima seadanya apa yang berlaku. tak ada la sakit sangat sebab kita hanya kawan. aku pun dah semakin bersedia menerima kemungkinan sebegini, namun tak sangka secepat ini kan. dan projek 2 tahun aku pun rasa macam kena tangguh sebab elemen penting sudah tidak ada. sekarang terasa macam menembak tanpa ada sebarang sasaran. tapi aku masih lagi positif di sini kerana perlumbaan masih belum tamat selagi wisel penamat belum dibunyikan. tapi jika kau terasa ada yang luar biasa, itu adalah biasa. aku pun perlu cuba buat sesuatu untuk diri aku. tak mahu lagi hidup bercelaru. aku juga punya ibu punya bapa dan punya adik adik. mereka semua lebih penting. dan aku mahu bergembira di dalam keredhaan-Nya.
No comments:
Post a Comment