Wednesday, 9 November 2011

sabar nek

Lama tak balik kampung rindu aku terubat walaupun dapat balik sekejap je. Raya haji macam biasa lah makan daging sampai lebam. Kenduri sana kendara sini. Letih. Anak saudara pertama aku pun turut berakikah. Agak sibuk la aku raya kali ni walaupun tahun ini tiada lembu ditumbangkan di laman rumah aku. Tapi satu benda yang buat aku gelak besar balik kali ni, bila mak aku cakap yang nenek aku berkenan dengan kawan adik aku yang datang ke rumah minggu lepas. Dia amat suka pada budak tu selepas tengok air mukanya dan budak tu sesuai untuk jadi bini aku katanya. Alahai nek, macam tu sekali eh. Hahaha. Tapi malangnya mengikut adik aku budak tu dah pun berpunya dan sememangnya menjadi rebutan kawan-kawannya. Haha. Aku pun tak nak kawin lagi la. Tak mampu. Sabar ye nek.

No comments: