Monday 3 January 2011

tu pun kalau kau mahu

alahai nasib. pelik la aku rasa tapi ia nya benar. mane la rezeki aku pergi. meh la sini berdamping dengan aku. oh, ok sebelum tu ni aku nak kasi tahu kat para siswazah yang mohon KPLI ambilan Januari 2011. khususnya yang memohon untuk masuk sekolah cina dan tamil. lagi khusus, pemohon yang berbangsa Melayu seperti mana aku. tentu korang semua dapat menduduki M-test kn? tahniah ye. tapi kan berapa kerat je korang yang dapat interview ye? mahu la aku tahu sebab ramai-ramai kawan aku yang mohon hanya sorang je yang dapat interview tu. tapi dengar cerita la interview die tak lepas. dan beberapa mingu yang lepas aku dapat la interview GSTT kat PPD Gombak sebab kat sana je la yang aku mintak. kat sana aku jumpa seorang budak laki ni, dia kata KPLI hari tu sesiapa yang memohon untuk ke sekolah cina dan india kena lulus bahasa cina atau bahasa india. hem, hampeh. kitaorang yang tak pernah ambik bahasa cina or india ni pe cer? patut kawan aku yang sorang tu dapat interview sebab dia tu berbangsa cina. mesti dia ambik bahasa cina di sekolah dulu kan. takpe lah dah memang tak ada rezeki. berbalik pulak pasal interview aku tu. ramai-ramai yang datang interview pada hari kedua tu hanya 3 orang je lelaki. haih, terasa ada sinar lah di situ. haha. interviewer yang interview aku pulak bukan main banyak dia tanya. tapi semuanya soalan yang aku yakin aku telah jawab dengan jayanya lah. apa yang dia tanya hanyalah kalau situasi macam atau macam tu, anda sebagai guru apa yang anda akan buat dan apa pandangan anda. alamatnya  aku terus lah berfikiran sebagai seorang guru. sedap aku jawab soalan soalan dia. akhir interview tu dia siap bagitahu yang aku ni boleh jadi seorang guru yang baik. senyum lebar aku. sebelum keluar sempat aku interview balik diorang. huahua. tapi kan sekarang ni kawan aku yang memohon sekali dengan aku dah pun lapor diri minggu ni. aku ni tak ada dapat apa call pun lagi. ntah la. tak ada rezeki kot. dulu aku memang tak suka profesion guru ni sebab aku tak suka sikap segelintir guru di sekolah dulu. tapi bila aku fikir balik, guru ni satu profesion banyak kelebihan dan aku mula sukainya. rugi pulak rasanya aku tak ambil sains dengan pendidikan kat UM dulu. tak pe lah dah lepas. mane tahu rezeki aku belum sampai lagi. aku hanya mampu berdoa,berusaha dan tawakal. Dia dah buat yang terbaik. kita hanya merancang tapi Dia yang tentukan. sama macam jodoh lah. kalau dah tak sekufu pun boleh. itu pun kalau kau mahu.

3 comments:

nadzkyn said...

insyaALLAH. ada rezeki, ada lah tu.

Cik Tulip said...

semoga dipermudahkan urusan... (^_^)

Anonymous said...

terima kaseh ye kawan kawan! doa kan saya.