Sunday, 7 August 2011

kePUASAn

syukur kepada tuhan kerana memakbulkan doa aku seorang hamba yang kerdil. tapi kenapa aku seakan lupa mensyukuri apa yang dikurniakan olehNya. adakah ini sememangnya fitrah manusia atau hanya aku berasa begini. aku mendambakan sesuatu yang lebih dan lebih. aku mahu semua sempurna. aku mencari sinar hakiki yang masih belum aku temui. kadang aku merasa malu kerana usiaku. muda pada usia tapi masih keanakan pada ajaranNya. mencari tempat untuk bertaut, tapi terhalang oleh rutin dunia. tuhan tolong lah aku. aku mohon pada Mu.

No comments: