Friday, 25 February 2011

kota kan kata kata cita cita kita

Masuk sekolah darjah satu. Cikgu tanya siapa nama. Umur berapa. Tinggal di mana. Berapa orang adik beradik dan anak ke berapa. Cita cita nak jadi apa. Huh. Semua jawapan aku ingat kecuali bab cita cita. Aku dah lupa la apa yang aku cita cita kan dulu. Aku rasa pernah nak jadi doktor, pernah jugak nak jadi jurutera, pernah jugak nak jadi cikgu, pernah jugak nak jadi bomba. Aish. Banyak pulak cita cita aku kan. Tapi sekarang apa yang jadi pada aku pun aku tak tahu. Cita cita aku pun aku tak tahu apa. Sekarang cita cita yang jelas cuma nak masuk syurga. Tapi itu cita cita semua insan islam di dunia ni kan. Tapi apa pula cita cita aku semasa hidup ni. Ah. Gelap lah rasa. Banyak benda kena pikir, banyak benda kena pertimbangkan. Nak sambung belajar pun bermacam kekangan yang ada. Ni lah bahana bila perjalanan hidup tidak di atur secara betul. Bila di fikirkan balik. Baru aku sedar, pilihan yang sebelum ini yang aku buat tidak betul. Kebanyakkan semua tangkap muat je. Tapi lepas aku berdiskusi dengan budak form 5 sorang tu. Membuat kan aku berfikir dua kali. Tak sangka kanak kanak itu punya fikiran seperti orang dewasa seperti mana dakwaanya yang perempuan mempunyai kematangan lima tahun ke depan berbanding lelaki. Mungkin betul. Haha. Berbalik cerita tadi, apa yang aku rasa minat, bakat, peluang dan cita cita perlu di atur supaya apa yang dicitakan menjadi kenyataan dan sekaligus menjamin masa depan. Tapi semua sudah berlaku. Aku redha, cuma aku masih berharap di hadapan masih ada jalan yang terang. Sekarang pun masih belum terlambat kerana aku percaya, kita tidak kalah selagi wisel penamat belum dibunyikan. Kita mesti kota kan kata kata cita cita kita.

Tuesday, 15 February 2011

Under Cover Of Darkness

masa zaman sekolah dulu masih lagi aku ingat. nak beli first album diorang aku terpaksa order dengan mamat yang aku lupa nama die kat bangunan umno kota bharu. kat kedai kaset biasa tak ada pun album diorang ni masa tu. ingat lagi aku order skali dengan album muse. susah nak dapat kaset band band macam ni dulu. sebab belum famous lagi kot masa tu. tapi second album diorang dah senang nak dapat. pergi mana mana kedai kaset pun ada. diorang pun dah famous. dulu dormmate aku selalu je ejek kata lagu apa la yang aku dengar. tapi sekarang ni.hahaa. semua dah layan lagu yang sememangnya diorang tak layan dulu. dulu punk oi! je la yang betul betul jadi fenomena kat sekolah.haha. memori lah. semua pakat duk hafal knowledge skinhead, aku tak terjebak sangat la dengan benda tu sebab aku stand still dengan kurt cobain yang dah lama mati katak. influence aku die la. tapi bukan drugs punya part.haha. tapi sampai sekarang aku masih suka dengar kite punya eastern oi! memang indah.haha. so now, modern girls and all old fashion man out there let me present to you the new single from the strokes. under cover of darkness! layannn. zasss!

Monday, 14 February 2011

saya mahu tak mahu

orang kata tak kenal maka tak cinta. tapi wujudkah kenal maka tak cinta. huh. satu percaturan yang salah telah aku buat. siapa suruh aku cuba sedangkan aku dah tahu ia adalah perkara yang salah. tuhan dah tunjukkan apa yang aku mohon Dia tunjukkan kepada aku. tapi insyAllah masih belum terlambatkan. manusia memang tak pernah lepas dari dosa. tapi jika sentiasa mengulangi dosa yang sama dan tak pernah nak bertaubat memang tak bergunalah manusia itu. hidup ni pun tak lama. cari apa yang perlu tanpa mengikut kehendak nafsu sebagai bekalan bertemu tuhan di akhirat yang kekal abadi. sempena maulid nabi ni sama sama kita perbanyakan selawat. semoga kita mendapat syafaat dari baginda kelak. cintai tuhan dan rasul kerana itu adalah cinta yang sejati.