Monday 20 September 2010

serikandi rimu

aku bangun lewat pagi. selepas sarapan aku duduk berehat sambil melarakan diri di sesawang. dalam tak semenanya ayah aku yang berada berhampiran menegur aku kerana halwa telinga yang sedang aku dengar. beliau tertarik dengan nama Rabiatul Adawiyah lagu garapan suara lunak kumpulan In Team yang menjadi lagu latar pada waktu pagi ini. ayah memberitahu aku bahawa Rabiatul adawiyah seorang serikandi yang agung. sejuta kepayahan dilaluinya dalam mengejar keredhaan Allah. miskin diperhambakan. namun hatinya tetap utuh dihadapanNya. ayah terus bercerita. aku mendengar dia dan hanya mengiakan sahaja. bukan aku tidak suka. tapi aku... telah aku dengarkan lagu dengan nama serinkandi serikandi Islam. Rabiatul Adawiyah. Halimatus Saadiah. Balqis. Siti Khadijah. Sumaiyyah dan Ainul Mardhiah. ayah dah berlalu. aku mengamati bait lagu sambil mengingati ceritera mereka. Halimatus Saadiah mengingatkan aku ibuku di dapur. pengorbanan ibu teramat besar. walaupun hanya ibu susuan apatah lagi ibu kandung. Balqis pula membuat aku terpana. kisahnya telalu hebat. pengorbanan dan jasa Siti Khadijah pula tidak ternilai di sisiNya. ketabahahan Sumaiyyah pula tidak ada bandingan. dan aku pula terlalu mengidamkan Ainul Mardhiah. serikandi serikandi ini telah membuktikan kemuliaan kaum hawa. walau mereka bukan nabi dan rasul. namun mereka juga bukan firaun yang datang dari kalangan lelaki. kau kata wanita lemah. tapi nanti kau tahu siapa kau lelaki tanpa mereka. kecintaan mereka terhadap tuhan terlalu agung. aku cemburu. aku juga mahu cinta sepeti mereka. aku pernah sesat. tunjukkan aku jalan menujuMu. anugerahkan lah aku cinta agungMu di samping cinta dunia ciptaanMu. masih adakah Rabiatul Adawiyah, Halimatus Saadiah, Balqis, Siti Khadijah dan Sumaiyyah untuk aku. walau aku tidak pantas untuk mereka namun aku hanya memohon dariMu. sebelum berlalu ayah terus bercerita. aku mendengar dia dan hanya mengiakan sahaja. bukan aku tidak suka. tapi aku menahan teriakan hati kecil dan cuba menghilangkan manik halus di pinggir mata kecilku. jangan tanya kenapa.

3 comments:

Cik Tulip said...

saya suka kisah maryam r.a.
suka ketabahan dia walau bermacam fitnah dilemparkan pada dia...
tapi dia tetap kuat & tabah....
suka juga baca surah maryam bila diri ditimpa dgn berbagai2 dugaan & cubaan... (",)

Anonymous said...

btol2. contohi lah mereka kerana syurga telah dijanjikan untuk mereka. apa pun terjadi berjalan lah tanpa henti. tabah dan sabar dengan dugaanNya. ^^Y

Cik Tulip said...

thanks... insyaAllah akan sntiasa menjadikan mereka sbg idola... (",)