Sunday, 12 September 2010

siapa kamu?

sejak akhir ini aku rasa rajin je nak update blog ni. tak tahu kenapa. budak pemalas ni dah jadi rajin. walhal aku main tulis je tanpa apa apa perkara menarik yang nak aku tulis. aku pun sebenarnya tak pasti apa tujuan aku menulis. adakah sebab untuk aku memberi perkhabaran aku kepada seseorang? ada logiknya tapi tak relevan lah sebab tu. sebab orang lain pun ada blog? aku mula layan menulis ni dah lama. sejak kawan aku baru sekor dua je ada blog. tapi sebab yang aku rasa paling menjadi sebab aku menulis ni adalah untuk bacaan aku dan keturunan aku nanti. macam kelakar tapi sebab tu lah aku menulis ni. kalau aku tulis di buku buat diari macam perempuan pulak. tak pun buku hilang je nanti. lagipun aku tak pernah pun ada diari. jadi blog ni lah tempat aku buat tanda perkara perkara yang terjadi dalam hidup aku. dan perkara ni yang aku mahu ingat. jadi tak semua lah isi blog ni adalah diri aku. boleh dikatakan sebahagian je lah aku ada kat sini. aku pun ada perkara yang aku mahu lupakan. jangan cakap kau baca blog aku kau kenal aku. kalau kau nak kenal aku kau bagitahu lah aku siapa kau yang baca blog aku ni? supaya aku boleh update pasal kau dan kau update pasal aku. supaya kita lebih akrab. aku tahu kau baca blog ni walaupun tulisan aku bukan untuk kau atau mungkin untuk kau. kau boleh tinggalkan pesanan kau kat chatbox aku. tak pun kau komen je tulisan aku. aku tak paksa tapi aku hanya mahu tahu kamu siapa?

No comments: