Sunday, 25 September 2011

kalau boleh tak nak fikir lagi

sedikit terkeliru. minda kata lepaskan hati kata jangan. orang kata kalau sayang lepaskan kalau itu yang terbaik. kalau sayang jangan di simpan, berikan kepada yang baik. sebabnya aku semacam tak mampu menjaga diri, terlalu naif di matanya. aku rasa biasa-biasa tapi realiti kita berbeza. aku sini kau sana. aku begini kau pula bagaimana. kalau di lepaskan adakan berganti kerana yang patah tumbuh hilang berganti. pernah patah dan di ganti tapi langsung tak di sukai diri sendiri. namun ada juga menghantui, bisakan tali yang putus di sambung kembali mana mungkin bisa mengalas beban yang bakal dihadapi. ah malas nak fikir lagi, mahu saja aku sibuk diri. soal hati serah kan saja pada Ilahi.

Sunday, 11 September 2011

saya gembira

Masa bersedih banyak je idea nak menulis. Bila bergembira langsung tidak beridea. Terima kasih Tuhan atas segala limpah kurnia yang Kau berikan. Aku cuba mensyukuri semuanya itu. Aku ingin menulis semua perkara yang terjadi pada aku selama aku hidup ni buat pengajaran buat pembaca samada yang setia atau tidak. Puas aku tatap papan kekunci, namun jemari aku tak mahu menari diatasnya. Walau tak ada benda yang aku nak kongsi tetap juga aku mahu post. Mungkin sebab bosan duduk seorang di rumah selama seminggu ni. Abang aku katanya akan sampai pada malam ni, masih tak sampai lagi. Em, tiba-tiba teringat, tadi semasa aku bersalam dengan bilal masjid dia lambat lepaskan tangan dia masa bercakap dengan aku dan masa bersalam tu dia gerak-gerakan hujung jari dia di tapak tangan aku. Aku rasa pernah dengar pasal cara orang bersalam macam tu, tapi aku lupa. Sesiapa yang tahu boleh tolong ingatkan aku? Terima kasih.