Wednesday, 31 August 2011

aidilfitri datang lagi

Selamat hari raya. maaf zahir dan batin. raya tahun ni agak terasa feel dia. first time tak ada peluang untuk berbuka dengan keluarga di kampung. tapi nasib baik masih diberi peluang untuk merayakan hari raya. terasa begitu puas dapat memeluk ayah emak nenek pakcik. dan buat pertama kali nya terasa nikmat nya memberi. semoga berpeluang untuk merayakan hari raya lagi amin.

Saturday, 20 August 2011

lembut kan?

Dulu hitam tapi tak semestinya kotor atau jahat. Kemudian putih tapi tak jugak bersih. Sekarang merah lembut bukan merah jambu. Haha. Kau perasan tak dulunya moosicker sekarang perihal duniawi? Rasa nya kerelevanan moosicker sudah tidak ada di saat usia sebegini. Ha. Dulu... Berapa banyak dulu la... Dulu no alarm no surprises bahana no surprises by Radiohead. Tapi disebabkan rasanya tak ada alarm dan tak ada kejutan di blog ni maka telah di ubah kepada ceritera . Kenapa ceritera? Sebab cerita la. Cerita apa? Ceritera la. Ah. Ceritera oleh Bittersweet. Ceritera sudah lama digubah tapi malang nya tidak dapat di releasekan kerana masalah dalaman mereka kot. Pijie si dagu bersuara sedap tu entah apa masalah dengan mereka dah cabut. Tapi suara vokal baru boleh tahan tapi tak selantang pijie. Tapi music mereka still terbaik. Another wave for non mainstream indie. Eh, kau tak faham apa yang aku melalutkan? haha. kesian. Takpe, janji aku faham.

Sunday, 7 August 2011

kePUASAn

syukur kepada tuhan kerana memakbulkan doa aku seorang hamba yang kerdil. tapi kenapa aku seakan lupa mensyukuri apa yang dikurniakan olehNya. adakah ini sememangnya fitrah manusia atau hanya aku berasa begini. aku mendambakan sesuatu yang lebih dan lebih. aku mahu semua sempurna. aku mencari sinar hakiki yang masih belum aku temui. kadang aku merasa malu kerana usiaku. muda pada usia tapi masih keanakan pada ajaranNya. mencari tempat untuk bertaut, tapi terhalang oleh rutin dunia. tuhan tolong lah aku. aku mohon pada Mu.