Friday, 31 December 2010

kalau lah kau di tempat mereka

Salam seantero malaya dan tahniah pasukan bola sepak kebangsaan. Kemenangan cukup bermakna buat semua. Mungkin ini hadiah tahun baru untuk semua. Tapi tak ada apa pun yang kita dapat kecuali kebanggaan. Oh, ada lagi selain tu, kita dapat cuti umum. Tapi masih lagi tak ada kesan bagi aku. Cuti aku masih lagi tidak bermakna. Cuti umum bukan lah cuti untuk aku. Kalau cuti pun seperti selalunya biasa pengisian cuti aku tidur, kalau tak dirumah di dalam pawagam pun boleh. Itu sahaja lah hiburan aku semenjak dua menjak ni. Aku begitu mengharapkan kerja aku sekarang ini menjadi suatu kenangan secepat mungkin. Aku mengimpikan pekerjaan yang baru sebagai hadiah tahun baru aku. Aku hanya mampu memohon semoga dimakbulkan oleh nya. Aku pun mengharapkan kan kau berdoa untuk kebahagian kau dan aku ye. Tapi siapa tahu kehidupan aku sekarang ini dapat aku ceritakan kepada cucu aku bila aku sudah jadi datuk yang kaya. Datuk ye bukan dato'. Sempena tahun baru ni tolong lah ye jaga tingkah laku kau. Aku tak mahu la bila september nanti ada lagi jasad kecil yang akan disampahkan. Kasihani lah mereka. Kalau lah kau di tempat mereka.

2 comments:

www.keryoki.tk said...

aku rasa kalau ko main malaysia mesti power lagi..

Anonymous said...

cess. menganjing ke heh?