Saturday, 14 January 2012

kau disana doakan saja ya!

2012 dunia berakhir? itu kata iklan di tv. kata rakan sekerja pula dia nak belanja kan semua duit simpanan dia sebab 2012 dunia berakhir risau nanti sia sia dia simpan duit tak sempat nak berbelanja, jangan hairan la sebab dia tu orang cina. kau jangan percaya, semua itu karut. sedar tak sedar kan, umur meningkat lagi, dah tak muda lagi. aku yang muda sudah jadi tua, ibu bapa aku yang sudah tua sudah jadi apa agaknya? nenek aku pula yang sedang sakit masih tak berkesempatan untuk menjenguknya. dah dua  bulan aku tak balik ni. nanti raya cina baru dapat balik lagi, itu pun sekejap saja. tak apalah dari tak dapat balik langsung kan. sebenarnya aku risau nak balik kampung kali ini, aku perlu selesai beberapa masalah. masalah aku dengan ibu bapa aku, dan dengan pak cik aku. aku perlu mengubah beberapa perkara yang sedang berada dalam keadaan yang tidak kena. hubungan kami perlu di baik pulih, aku sayang akan mereka semua kerana tanpa mereka aku bukan siapa siapa. mungkin kali ini juga aku akan suarakan hasrat aku dan memohon restu mereka mengenai dia yang selama ini aku diam kan saja. bukan sengaja untuk diam, cuma aku risau tentang kita yang tak ada apa apa. kau yang sekejap nya begini dan sekejap pula begitu. tapi aku akan tetap dengan niat aku, selagi boleh akan aku usahakan. aku cuba. kau disana doakan saja ya!

No comments: