Friday, 31 December 2010

kalau lah kau di tempat mereka

Salam seantero malaya dan tahniah pasukan bola sepak kebangsaan. Kemenangan cukup bermakna buat semua. Mungkin ini hadiah tahun baru untuk semua. Tapi tak ada apa pun yang kita dapat kecuali kebanggaan. Oh, ada lagi selain tu, kita dapat cuti umum. Tapi masih lagi tak ada kesan bagi aku. Cuti aku masih lagi tidak bermakna. Cuti umum bukan lah cuti untuk aku. Kalau cuti pun seperti selalunya biasa pengisian cuti aku tidur, kalau tak dirumah di dalam pawagam pun boleh. Itu sahaja lah hiburan aku semenjak dua menjak ni. Aku begitu mengharapkan kerja aku sekarang ini menjadi suatu kenangan secepat mungkin. Aku mengimpikan pekerjaan yang baru sebagai hadiah tahun baru aku. Aku hanya mampu memohon semoga dimakbulkan oleh nya. Aku pun mengharapkan kan kau berdoa untuk kebahagian kau dan aku ye. Tapi siapa tahu kehidupan aku sekarang ini dapat aku ceritakan kepada cucu aku bila aku sudah jadi datuk yang kaya. Datuk ye bukan dato'. Sempena tahun baru ni tolong lah ye jaga tingkah laku kau. Aku tak mahu la bila september nanti ada lagi jasad kecil yang akan disampahkan. Kasihani lah mereka. Kalau lah kau di tempat mereka.

Wednesday, 22 December 2010

aku nak tanya kau!

eh kau. kau ada awek tak? awek ni memang tak boleh ada kan sebenarnya. takkan kau tak tahu kenapa tak boleh. kalau kau jadi aku, nanti mesti kau tahu kenapa ada awek tu tak boleh. aku pun dah memang rasa tak mahu ada awek. tapi, aku punya keinginan untuk hidup bersama pilihan hati aku, seperti mana insan lain. fitrah manusia. tapi sejarah buat aku fikir tak kira siapa dia nanti, jika dia ditakdirkan untuk aku, aku akan terima. terima kasih kepada yang membentuk fikiran aku untuk jadi sebegitu. namun ada yang kata, kalau kita mahu dia tapi kita diam sahaja maka kita dan dia takkan ke mana. ada betul katanya. namun nak hidup dengan anak orang ni kena ada modal lah. bukan setakat seguni beras sekilo ayam modalnya. kalau ada modal, mahu je aku sunting bunga kat taman tu. bukan sekuntum, bukan dua kuntum, bukan tiga kuntum tapi empat kuntum aku nak. tapi kalu mampu lah. ah! tapi itu pastinya takkan berlaku. aku tak mahu berdosa kalau tak mampu nak berlaku adil. sekarang hidup aku belum lagi statik. ke hulu ke hilir mencari tapak yang utuh. mencari modal di samping mencari si dia yang sesuai. andai kata si dia muncul sebelum modal dan tapak aku kukuh. selain berdoa apa lagi yang perlu aku buat? itu yang aku nak tanya kau.

Thursday, 9 December 2010

positive

+
apa benda kita buat kena positif. posif dalam apa jua yang kita buat!

Tuesday, 7 December 2010

hijrah

niat dah aku pasang. hanya menunggu pelaksanaannya. berubah. berhijrah. terus aku cuba walaupun payah. setiap hari. dosa silam yang tercalit tidak dapat aku lupa. siapa aku untuk mengubah masa lampau. hanya masa hadapan yang mampu aku cipta. hidup dibayangi kegelapan amat payah. setiap hari aku mengenang dia, bukannya Dia. namun aku tetap mengagah untuk berjumpa Dia. ah, sudah. yang lepas biar lepas. biar! yang menunggu di hadapan. tunggu nanti lah dengan sabar semoga kita akan berjumpa sayang.