Saturday 3 April 2010

'KELAJUAN'

The Amazing Race Varsity
Venue: UM and Lembah Klang
Organiser: Persatuan Sains Sukan UM
Date: 3 April 2010
1st prize: RM 2000


Ehem! Dalam kesibukan di minggu akhir kuliah ni sempat lagi aku join xplorace ni. Padahal thesis nk submit minggu depan pun belum siap lagi. 2 minggu lagi plak final exam.. Tapi team 'KELAJUAN' yang dari dari Badi, aku, Dot, dan Adib join gak xplorace ni. Dah la kami register lambat, pergi tempat pertandingan pun lambat gak. Nasib baik diorang tak mula lagi masa kitaorang sampai kat pusat sukan. First task kami kena buat perahu dengan pastik sampah, kotak dan selotape untuk seberangi kolam renang UM. Balut punya balut, jadila rakit yang tak boleh dinaiki. So, Adib pun berenang bawak rakit tu. Tapi jalan dah nak sampai hujung kolam tu, kaki dia plak krem. Sebab dia pijak lantai pengadil suruh Adib patah balik. So, aku pun ganti Adib berenang. Pancit pak cik berenang sebab tak warm up. Lepas tu lari pergi LRT untuk ke Pasar Seni. Kat Pasar Seni kami warna bendera Malaysia. Then, belari lagi ke Masjid Jamek. Kat sana kami kena hafal 2o tempat bersejarah dalam masa 10 saat. Sebab penat kami hanya ingat 3 je tampat tu. So, kami kena penalti 3minit X 17 = 51 minit sebelum dapat clue seterusnya. Lepas tu kami dapat clue kena pergi penjara pudu untuk jumpa Hang Tuah. Task kami kat sana kena cari 3 org berlainan bangsa untuk baca rukun negara depan hang tuah tu. Kami dapat cari brother melayu sorang, amoi sorang dan sorang lagi Adib upah bangla yang sedang buat constrution kat tepi jalan tu. Then, lepas tu kami pergi ke Maybank Kat Bukit Bintang. Task kami kena jual sebatang power bar dengan RM 10. Kami tak tau yang power bar tu sebatang rm10. So,kami jual 3 power bar dan 2 air kotak yang ada dalam goodie bag kami kat awek yang lalu kat situ dengan harga rm10. Lepas tu kami bergerak ke medan tuanku. Kat sana kami kena makan roti canai atau minum teh tarik kat kedai mamak. Lepas tu clue seterusnya kami kena pergi ke KLCC.Kami masuk petrosains dan buat task kat sana. Lepas tu terus gerak balik ke tasik UM untuk berkayak dan flying fox. Lepas tu kami kena pergi ke DTC dan kat sana la paling perit. Kami kena habiskan 2 batang roti perancis made in carefour yang keras lagi panjang dengan hanya minum sebotol air mineral kecik. Sembelit aku sebab roti. Selepas tu, kami mara ke task yang seterusnya iaitu mengira gelang getah dalam telur ayam cair. Kami berjaya mengira dengan tepat tapi satu badan kami bau telur ayam. Team kami adalah team kategori B yang pertama sampai di checkpoint terakhir dan task yang terakhir adalah membuat larian RM2000 dengan riangnya..hahaha... Kami dapat tempat pertama.
I like keLALAjuan!

1 comment:

zulfadli amzar said...

hehe. congratz bro~