Saturday, 9 January 2010

My first branula

2010. Permulaan tahun ni agak teruk bagi aku. Tapi aku percaya yang semua yang berlaku ada hikmahnya. Dan aku juga telah tahu salah satu daripada hikmah yang ada disebalik apa yang telah berlaku kepada aku. Pada malam tahun baru tu aku ingat, aku demam disebabkan penat melakukan kerja pada siang hari tu. Rupa-rupanya aku demam disebabkan perkara lain. Pada hari sebelum tu, semasa aku bangun tidur aku tengok ada kesan sengat yang kesannya macam gigitan semut di lengan kiri aku. Keesokan harinya pada 010110 aku demam, aku ingat demam biase je. Tapi kesan sengatan tu membesar. Pada mulanya aku ingatkan bisul, sedangkan seumur hidup aku ni aku tak pernah pun naik bisul. Demam aku berterusan dan bengkak kat lengan aku membesar. Hampir satu lengan bengkak. Nak pergi klinik, klinik pelajar tutup sebab cuti. So, aku bertahan sampai hari isnin dengan makan panadol je. Isnin tu aku pergi klinik, kemudian aku di refer ke PPUM. Kat PPUM tu aku kena tahan di wad. Adeh, selama aku hidup ni la first time aku masuk wad, first time pakai branula, dan yang paling teruk first time aku kena operate sebab ade abscess kat left forearm aku. Pembedahan kecik je, tapi aku di bius cinta sampai tak sedarkan diri..hehe. Pengalaman masuk operation theater memang aku tak dapat lupa. Malu nak citer kat sini..hahaha. Lebih 3 jam aku unconscious. Aku pun tak tahu apa yang diorang buat kat aku. Lepas operate, 3 hari aku stay dalam wad 9u. Sebelum tu aku duduk kat observation wad je. Post operation keadaan aku makin baik, tangan kiri aku semakin kurang sakit tapi tangan kanan yang ade branula ni aku rase lagi membebankan aku.. Kat sini aku ucap terima kasih la kat sape-sape yang datang melawat aku masa aku duk hospital. Semalam baru aku discaj dari wad. Mase aku nak balik, adoyai... Kepak bersayap chrome Honda aku kena curik.. sial! Terpaksa la Badi bawak motor aku dengan berhemah sekali kerana takut terkeluar bateri die tu.. Tapi takpe, nasib baik kepak je. Bukan semua sekali.. Alhamdulillah... Pengalaman di awal tahun ni banyak memberi pengajaran kat aku. Aku ni kira bernasib baik la dari orang lain yang menderita kerana mempunyai penyakit yang lebih teruk.. Sekali lagi aku bersyukur. Tapi ape yang bestnye, mase dalam wad tu la aku dapat kenal sedara aku yang kerje kat situ yang aku tak pernah jumpe die... Eh, tak pernah jumpe ke aku yang tak perasan dia dulu. Hahaha.. Sorry eh awak. Kek awak bagi tu sedap bangat, he. Thanks a lot for looking after me while i'm in hospital. Jasamu dikenang!

2 comments:

Nancy said...

kenapa ni?
apa yg sengat?

Anonymous said...

xtaw la binatang ape sengat.. tup tup.. bgn tdo da ada kesan sengatan.. mcm semut je.