Thursday, 31 December 2009

Nothing new, only the year

It's new year eve! KL become so quiet. Hem, not KL lah, its UM. Everybody go out. But I still dont know if i wanna go out or not. Actually, aku penat sangat hari ni. Aku buat part time job hari ni.. Maybe we shouldn't called it part time. Because maybe it just for this time, just once and no the other times. Aku ambik upah passing flyers untuk satu event kat Subang Avenue. Penat seyh, tapi agak berbaloi la. Aku ambik port kat KTM Subang. Fuhh, flyers yg setebal 2 bijik Kamus Dewan edisi terbaru( aku tak tahu edisi berape yang paling latest) tu terpakse aku passing kat orang.. Mak ai, bukan main susah nak habiskan, ade yang tak nak, ade yang langsung tak layan. Gila aku rase, and now i realize what it feels when somebody didnt accept the FOC flyers that given to u for u to throw it.. So this year, my new resolution; I will not reject if anybody give me any flyers! Because i already know what it feels.. So kalau korang free, pergi la kat Subang Avenue untuk beli nokie E model, iphone, dan Blackberry dengan harga yang murah. Tapi apa yang aku pasti semua handphone adalah tiruan, macam hp N3310 pakai housing daun..

Monday, 28 December 2009

Membatukan dunia ke sembilan

Itulah yang loque cakap. Event ni pada mulanye aku dengar nak buat kat Sunway Lagoon, tapi last-last buat kat Bukit Jalil. Ada 67 band yang perform kat 3 stage; main stage, indie stage dan chill out stage. Aku rase Rock The World 9 ni kureng la sikit. Tengah hari aku dan acik lepak kat indie stage, petang je baru kitaorang tengok main stage. Tengah hari tu panas gila. Dah la duk atas tar, memang terasa la bahangnye. Nak mosh pun tak de mood. Petang tu plak hujan lebat. Perfomance kena tangguh. Band yang main session lepas hujan terpaksa main 2 lagu je sebab kesuntukan mase. Line up band dah best tapi mase tak cukup sebab delay lame sangat tunggu hujan berhenti. Tapi aku enjoy gak la walaupun sakit kepala sebab kena hujan. Kalo aku nak cite satu-satu band yang main memang panjang la jadi entri ni. Tapi aku nak citer satu band je yang best giler, iaitu Kugiran Di Tepi Pantai. Diorang buat intro main lagu Muse, lepas tu diorang main lagu klasik dan lame seperti dara pujaan, bunyi gitar, i want to hold your hand and ending dengan lagu Elvis. Seronok aku tengok crowd bertwist. Pakcik Kombat memang best..Hahaha.. Last band kat main stage ialah Bunkface. Aku balik mase diorang tengah perform sebab mase second song diorang, letrik dah kena tutup. Aku rase tu bukan gimik tapi memang dah kena switch off sebab mase tu dah midnite, macam Kami the Gig dulu pun macam ni gak. Lagi satu yang aku tak puas hati, tahun takde free T-shirt, terpaksa la aku beli. Berebut T-shirt yang diorang baling tak dapat. Hampeh.

Wednesday, 23 December 2009

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Macam seronok je budak tu main air. Haaa... Kalau pergi Putrajaya pastikan singgah sini ya, buat 5 yang wajib tu. Tapi korang jangan sekali-kali tiru budak-budak ni. Tak baik. Gila. Hemmm... Dah lama tak menulis ni, banyak sangat nak tulis sampai tak tahu ape yang aku nak tulis dulu. Takpe lah, aku tulis yang ni je dulu, misi aku ke Putrajaya untuk dapatkan data untuk buat tesis sambil merempit dengan Madi, Gku, Rio, Aiman, dan Fendi. Alrite, nanti bukak sem aku cite lagi ape program aku mase cuti... Ciao mates!