Hidup. Selalu kena berkorban samada untuk negara, bangsa dan yang paling penting agama. Berkorban dalam apa apa hal pun adalah ibadat. Bukan korban lembu je dapat pahala, janji dengan niat yang betul dan diredhai-Nya. Tapi selalunya aku perlu berkorban keinginan aku untuk balik kampung merayakan aidil adha bersama sama keluarga. Selalu tak berkesempatan untuk pulang. Dalam masa lima tahun kebelakangan ni dua ke sekali je kot aku aku balik untuk beraya dengan keluarga. Ada ada je urusan yang tak dapat nak elak masa cuti raya haji. Raya haji kali ni pun sama. Tak pe lah. Aku rela berkorban. Last raya haji yang aku sambut dengan family pada tahun 2007. 2 ekor lembu tumbang tahun tu kat belakang umah. Hem, seronok. Tapi yang paling penting dapat menunaikan ibadat tu dengan sempurna insyaAllah. Tapi tahun ni tak terasa sangat walaupun tak dapat balik sebab tak de lembu ditumbangkan tahun ni kerana rumah nenek dalam proses pembinaan. So, tak ada ruang dan kesempatan tahun ni. Sebelum ni, pagi raya aku ada kawan kawan kat hostel tapi tahun ni pagi raya aku duk sorang sorang je. Sebak gak kadang kadang masa tengok gambar kaabah kat tv. Teringat kat family dan terasa juga ke ingin ke tanah suci. Pasang niat awal awal lah kan. InsyaAllah dapat pergi. Tapi sebelum aku pergi aku nak hantar mak dan ayah aku ke sana dulu. Tu niat aku. Moga tercapai. Berbalik cerita raya qurban tahun 2007. Aku ada tangkap video sewaktu orang melapah daging lembu dan malam tu ada anak kawan pak cik aku tengok video tu sebab dia tak ada masa orang melapah lembu pagi tu. Subhanallah. Dia terperasan bahawa ada secara kebetulan tertera kalimah Allah pada badan lembu tersebut. Ia terhasil dari lebihan daging yang melekat kat belulang tu. Video tu tak jelas sangat tapi menampakkan kalimah agung itu. Video tu tak bekesempatan aku nak upload sekarang. Lain kali jela aku upload lah. Next post mungkin. Selamat hari raya aidil adha. Semoga kita semua dirahmati-Nya.
Wednesday, 17 November 2010
Monday, 8 November 2010
pilihan
ah! tensi. hari hari ada ada je pilihan yang perlu di buat. sakit otak aku. kenapa perlu ada pilihan ha? em. bukan aku takut untuk memilih tapi aku takut akibat salah memilih. setiap keputusan boleh di buat dalam masa satu saat je. tapi bahana dari keputusan mungkin selamanya. aku perlukan yang terbaik. atau aku perlu kan hanya yang aku perlu. jika lebih atau terbaik itu adalah bonus. tidak siapa yang boleh membantu aku kecuali yang Esa. istikharah...
Subscribe to:
Posts (Atom)