Friday, 27 August 2010

the stripes, the moon and the star.

this is the land where we born.
the land where we learn.
where we were up.
and where we were down.
no matter what.
we are ready to strike.
come and shout it out loud.
that we are proud.
to fly our nation's heart.
hold the pride of us.
and all the memory will last.
because this land is ours.
and always be ours.
happy indiepunkdance day lads!

Sunday, 22 August 2010

tolong ingatkan aku

aku tak pernah dapat menghafal sifir 1 hingga 12 seperti mana kawan-kawan aku di bangku sekolah rendah. walaupun begitu. alhamdulillah zaman sekolah rendah aku berjaya. zaman sekolah menengah pula aku jadi lebih pasif. berprofil rendah. walaupun begitu. aku masih agak berjaya. sehinggalah kehidupan selepas sekolah menengah yang aku rasakan memang aku tidak berjaya. aku rasa aku tahu di mana silapnya. aku rasalah. hakikatnya, tuhan saja yang tahu. aku semakin pelupa. hingga aku terlupakan Dia dan dia.

aku lupa. tolong ingatkan aku.

Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita
ana raffali

Monday, 9 August 2010

Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2010

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sarjana Muda Sains

Bahagian Kelima
Rabu, 04 Ogos 2010, Petang

Pro-Cansellor
Tan Sri Dato' Seri Siti Norma Binti Yaakob

Syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada ibu ayah dan keluarga, kawan-kawan, warga universiti dan semua. Akhirnya pengajian ijazah aku tamat, bergelarlah aku seorang siswazah Universiti Malaya. Kolej kediaman kesebelas (KUAZ), Kolej kediaman ketiga (Kurshiah) dan Kolej kediaman kelima (Dayasari) dalam kenangan. Fakulti Sains dan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dalam ingatan. Jabatan Geografi di lubuk fikiran. Universiti Malaya sentiasa di hati.

ILMU PUNCHA KEMAJUAN