Monday, 27 February 2012

sujud syukur aku di petang hari

dia tinggalkan aku kerana Dia. aku menanti dia kerana Dia. syukur pada Dia yang menemukan kita. semoga kita diredhai Dia. memohon diberikan ketetapan hati oleh Dia.

Sunday, 19 February 2012

tak ada otak ke apa?

Perhatikan hidung mamat hensem nih.
Ada apa ye kat situ?
Dia tarik keluar.
Dah 2 inci keluar.
Paku 3 inci rupanya. Ha???

Friday, 10 February 2012

simpan jiwa saya

tiap hari ada cerita. tiap minggu ada cereka. tiap bulan ada kisah. tiap tahun ada antologinya. tak mampu aku tulis semua kerana ada yang mahu di lupa. ada cerita gembira tidak kurang juga dengan duka nya. bukan tak mahu berceritera tapi tak mampu meluah rasa yang  tak boleh di luah dengan kata apatah lagi di tinta dengan pena digital. dunia maya adalah segila dunia fana yang memberikan aku lara jiwa yang gila. cukup! tolong kembalikan diri aku pada-Nya.

Tuesday, 17 January 2012

Saturday, 14 January 2012

kau disana doakan saja ya!

2012 dunia berakhir? itu kata iklan di tv. kata rakan sekerja pula dia nak belanja kan semua duit simpanan dia sebab 2012 dunia berakhir risau nanti sia sia dia simpan duit tak sempat nak berbelanja, jangan hairan la sebab dia tu orang cina. kau jangan percaya, semua itu karut. sedar tak sedar kan, umur meningkat lagi, dah tak muda lagi. aku yang muda sudah jadi tua, ibu bapa aku yang sudah tua sudah jadi apa agaknya? nenek aku pula yang sedang sakit masih tak berkesempatan untuk menjenguknya. dah dua  bulan aku tak balik ni. nanti raya cina baru dapat balik lagi, itu pun sekejap saja. tak apalah dari tak dapat balik langsung kan. sebenarnya aku risau nak balik kampung kali ini, aku perlu selesai beberapa masalah. masalah aku dengan ibu bapa aku, dan dengan pak cik aku. aku perlu mengubah beberapa perkara yang sedang berada dalam keadaan yang tidak kena. hubungan kami perlu di baik pulih, aku sayang akan mereka semua kerana tanpa mereka aku bukan siapa siapa. mungkin kali ini juga aku akan suarakan hasrat aku dan memohon restu mereka mengenai dia yang selama ini aku diam kan saja. bukan sengaja untuk diam, cuma aku risau tentang kita yang tak ada apa apa. kau yang sekejap nya begini dan sekejap pula begitu. tapi aku akan tetap dengan niat aku, selagi boleh akan aku usahakan. aku cuba. kau disana doakan saja ya!

Monday, 26 December 2011

Sunday, 27 November 2011

maal hijrah masa untuk berubah!

bila orang dah kata tak tu memang tak lah kan. kadang aku ni bodoh bangang tak pernah reti nak faham. kalau aku faham pun aku saje yang buat tak faham rasanya. tak apa lah, kali ini aku cuba jadi positif. terima dan menerima seadanya apa yang berlaku. tak ada la sakit sangat sebab kita hanya kawan. aku pun dah semakin bersedia menerima kemungkinan sebegini, namun tak sangka secepat ini kan. dan projek 2 tahun aku pun rasa macam kena tangguh sebab elemen penting sudah tidak ada. sekarang terasa macam menembak tanpa ada sebarang sasaran. tapi aku masih lagi positif di sini kerana perlumbaan masih belum tamat selagi wisel penamat belum dibunyikan. tapi jika kau terasa ada yang luar biasa, itu adalah biasa. aku pun perlu cuba buat sesuatu untuk diri aku. tak mahu lagi hidup bercelaru. aku juga punya ibu punya bapa dan punya adik adik. mereka semua lebih penting. dan aku mahu bergembira di dalam keredhaan-Nya.