Saturday, 4 September 2010

dialog dua gadis jadian

Pengkid,iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita (maknyah/ pondan) samada dari segi pakaian ,penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.

Sabda Rasulullah SAW :

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء
Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita
(HR al Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW

عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل

Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.
(HR Abu Daud)

*Portal rasmi fatwa Malaysia

Ramadhan hampir melabuhkan tirainya. So, raya dah dekat lah kan. Semua sibuk tanya baju raya kau warna apa? Em, aku belum beli lagi baju raya lah. Warna dia pun aku belum decide. Aku memang selalu je macam ni. Suka kerja last minit. Baru ada thrill. Tapi sekarang mood raya aku belum sampai lagi sebab aku tengah meluat tengok ragam manusia iaitu hidupan bertulang dan daging yang bertopengkan kulit. Memang sikap manusia kalau ada perkara dah jelas kebenarannya, tapi mereka masih boleh buat buat tak nampak. Celik lah selagi mata kau berfungsi! Jangan sampai anu kau masuk dalam botol baru kau nak menyesal.

s : jom mak blanje buka puasa.. lepas tu bleh shoping sambil usha janz kat mall
a
: i tak ley puase ari ni nokss.. takpe i temankn u ols jee.. bole cuci mata

s
: meletoppp! mak sukee merk berbaju kurung pagi raya. kompemm sentap puki
a : ni la gaya wanita soleh noks... baru habis janzz kite grabb.melepas kau puki

Friday, 27 August 2010

the stripes, the moon and the star.

this is the land where we born.
the land where we learn.
where we were up.
and where we were down.
no matter what.
we are ready to strike.
come and shout it out loud.
that we are proud.
to fly our nation's heart.
hold the pride of us.
and all the memory will last.
because this land is ours.
and always be ours.
happy indiepunkdance day lads!

Sunday, 22 August 2010

tolong ingatkan aku

aku tak pernah dapat menghafal sifir 1 hingga 12 seperti mana kawan-kawan aku di bangku sekolah rendah. walaupun begitu. alhamdulillah zaman sekolah rendah aku berjaya. zaman sekolah menengah pula aku jadi lebih pasif. berprofil rendah. walaupun begitu. aku masih agak berjaya. sehinggalah kehidupan selepas sekolah menengah yang aku rasakan memang aku tidak berjaya. aku rasa aku tahu di mana silapnya. aku rasalah. hakikatnya, tuhan saja yang tahu. aku semakin pelupa. hingga aku terlupakan Dia dan dia.

aku lupa. tolong ingatkan aku.

Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita
ana raffali

Monday, 9 August 2010

Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya 2010

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Sarjana Muda Sains

Bahagian Kelima
Rabu, 04 Ogos 2010, Petang

Pro-Cansellor
Tan Sri Dato' Seri Siti Norma Binti Yaakob

Syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada ibu ayah dan keluarga, kawan-kawan, warga universiti dan semua. Akhirnya pengajian ijazah aku tamat, bergelarlah aku seorang siswazah Universiti Malaya. Kolej kediaman kesebelas (KUAZ), Kolej kediaman ketiga (Kurshiah) dan Kolej kediaman kelima (Dayasari) dalam kenangan. Fakulti Sains dan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dalam ingatan. Jabatan Geografi di lubuk fikiran. Universiti Malaya sentiasa di hati.

ILMU PUNCHA KEMAJUAN

Monday, 26 July 2010

jilid seterusnya







sibuk. tak sempat nak story mory lagi.haks. ^^y

dosa & pahala diberikan buku baru.






p/s: ada kehendak kemahuan baru!

Sunday, 18 July 2010

hanya ingin kau tahu

aku jiwang ke?
lantaklah. perasaan aku. bukan perasaan kau. aku manusia biasa. ingin mencintai. ingin dicintai. tapi aku pasti. aku mahu cinta suci. diredha Ilahi. cinta yang agung. selepas cinta aku kepada tuhan dan rasul aku. selepas cinta kepada ibu bapa aku. cinta suami isteri. bukan cinta kekasih. walau diluar mampu aku. kau pun tahu. aku cuba mengenali. itu pun aku tak mampu. aku tak tahu mahu kau. mahu aku? kau tak peduli. dan ceriteranya seakan begini:::...

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu
Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Walaupun semua
hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

REPVBLIK

ya Allah berikan aku pentunjukMu.
berikan aku kejayaan di jalanMu.
kurniakan aku kebahagiaan yang Engkau redhai di dunia dan akhirat.
amin.

Tuesday, 13 July 2010

gelap cermin mata hitam aku

Penglihatanku?
Sentiasa di hadapanku.
Pendengaranku?
Di sekelilingku.
Rasaku?
Seluruh badanku.
Berlariku?
Ke arah kamu.
Masa depanku?
Jangan tanya dulu.
Kejadianku?
Dari Tuhanku.
Sesuatu? Tak siapa tahu. Tindakanku? Di luar kawalanku. Pilihanku? Aku pun tak tahu. Pemikiranku? Berlainan dengan kamu. Hidupku? Perjudikan diriku. Bangunku? Bukan kerana kamu. Jatuhku? Kerana diri aku. Silapku? Kau yang tahu. Pengalamanku? Lebih dari itu. Ketulusanku? Sedikit untukmu. Kasihku? Bukan untukmu. Cintaku? Pastinya bukan kamu...