Tuesday, 23 February 2010

SuPr3m@cY 0105

Hahaa... Macam baru semalam je bila aku, naim and fahmin come up with the word "supremacy". Kalo korang nak tau, the word supremacy came from supreme coz we all very enthusiastic with the brand that time. Then, sampai sekarang perkataan tu jadi kenangan untuk kami semua. Bermula dengan group yang aku created kat friendster dan dimajukan oleh fahmin, supremacy terus maju di alam maya menuju ke facebook, then twitter dan akhirnya budak batch aku ada blog. Sek kito jange pecoh!(credit to pok ya). Geng, jangan lupa follow!

Sunday, 21 February 2010

Kembali pulang

Perjalanan hidup menuju satu destinasi yang pasti penuh dengan liku-liku. Langit pun tak selalu cerahkan? Pasti ada kalanya mendung ataupun hujan yang turun. Tapi yang lebih teruk adalah ribut petir yang melanda. Macam tu la jugak kehidupan, ada masa senang dan ada masa susah. Banyak masalah, dugaan dan cabaran. Jadi kena kuat dalam menghadapi semua tu. Perancangan penting, tapi yang lebih penting ada pelaksanaan rancangan tu. Orang kata, masih belum terlambat selagi wisel penamat belum dibunyikan. Jadi, bangun! Pergi basuh baju, kemas bilik dan study! Ini adalah pesanan untuk diri sendiri.

Thursday, 11 February 2010

Derita merindu

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan
Kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
Bayangan wajahmu selalu di depan mata
Harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Mungkinkah esok atau lusa
Walau biarpun lama
Akan ku biar tiada
Ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba
Sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan
Kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan
Terimalah saja kenyataan
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Jika kau dapat memahami
Hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia
Jikalau bahagia bersamamu
Hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

-ahli fiqir-

Saturday, 9 January 2010

My first branula

2010. Permulaan tahun ni agak teruk bagi aku. Tapi aku percaya yang semua yang berlaku ada hikmahnya. Dan aku juga telah tahu salah satu daripada hikmah yang ada disebalik apa yang telah berlaku kepada aku. Pada malam tahun baru tu aku ingat, aku demam disebabkan penat melakukan kerja pada siang hari tu. Rupa-rupanya aku demam disebabkan perkara lain. Pada hari sebelum tu, semasa aku bangun tidur aku tengok ada kesan sengat yang kesannya macam gigitan semut di lengan kiri aku. Keesokan harinya pada 010110 aku demam, aku ingat demam biase je. Tapi kesan sengatan tu membesar. Pada mulanya aku ingatkan bisul, sedangkan seumur hidup aku ni aku tak pernah pun naik bisul. Demam aku berterusan dan bengkak kat lengan aku membesar. Hampir satu lengan bengkak. Nak pergi klinik, klinik pelajar tutup sebab cuti. So, aku bertahan sampai hari isnin dengan makan panadol je. Isnin tu aku pergi klinik, kemudian aku di refer ke PPUM. Kat PPUM tu aku kena tahan di wad. Adeh, selama aku hidup ni la first time aku masuk wad, first time pakai branula, dan yang paling teruk first time aku kena operate sebab ade abscess kat left forearm aku. Pembedahan kecik je, tapi aku di bius cinta sampai tak sedarkan diri..hehe. Pengalaman masuk operation theater memang aku tak dapat lupa. Malu nak citer kat sini..hahaha. Lebih 3 jam aku unconscious. Aku pun tak tahu apa yang diorang buat kat aku. Lepas operate, 3 hari aku stay dalam wad 9u. Sebelum tu aku duduk kat observation wad je. Post operation keadaan aku makin baik, tangan kiri aku semakin kurang sakit tapi tangan kanan yang ade branula ni aku rase lagi membebankan aku.. Kat sini aku ucap terima kasih la kat sape-sape yang datang melawat aku masa aku duk hospital. Semalam baru aku discaj dari wad. Mase aku nak balik, adoyai... Kepak bersayap chrome Honda aku kena curik.. sial! Terpaksa la Badi bawak motor aku dengan berhemah sekali kerana takut terkeluar bateri die tu.. Tapi takpe, nasib baik kepak je. Bukan semua sekali.. Alhamdulillah... Pengalaman di awal tahun ni banyak memberi pengajaran kat aku. Aku ni kira bernasib baik la dari orang lain yang menderita kerana mempunyai penyakit yang lebih teruk.. Sekali lagi aku bersyukur. Tapi ape yang bestnye, mase dalam wad tu la aku dapat kenal sedara aku yang kerje kat situ yang aku tak pernah jumpe die... Eh, tak pernah jumpe ke aku yang tak perasan dia dulu. Hahaha.. Sorry eh awak. Kek awak bagi tu sedap bangat, he. Thanks a lot for looking after me while i'm in hospital. Jasamu dikenang!

Thursday, 31 December 2009

Nothing new, only the year

It's new year eve! KL become so quiet. Hem, not KL lah, its UM. Everybody go out. But I still dont know if i wanna go out or not. Actually, aku penat sangat hari ni. Aku buat part time job hari ni.. Maybe we shouldn't called it part time. Because maybe it just for this time, just once and no the other times. Aku ambik upah passing flyers untuk satu event kat Subang Avenue. Penat seyh, tapi agak berbaloi la. Aku ambik port kat KTM Subang. Fuhh, flyers yg setebal 2 bijik Kamus Dewan edisi terbaru( aku tak tahu edisi berape yang paling latest) tu terpakse aku passing kat orang.. Mak ai, bukan main susah nak habiskan, ade yang tak nak, ade yang langsung tak layan. Gila aku rase, and now i realize what it feels when somebody didnt accept the FOC flyers that given to u for u to throw it.. So this year, my new resolution; I will not reject if anybody give me any flyers! Because i already know what it feels.. So kalau korang free, pergi la kat Subang Avenue untuk beli nokie E model, iphone, dan Blackberry dengan harga yang murah. Tapi apa yang aku pasti semua handphone adalah tiruan, macam hp N3310 pakai housing daun..

Monday, 28 December 2009

Membatukan dunia ke sembilan

Itulah yang loque cakap. Event ni pada mulanye aku dengar nak buat kat Sunway Lagoon, tapi last-last buat kat Bukit Jalil. Ada 67 band yang perform kat 3 stage; main stage, indie stage dan chill out stage. Aku rase Rock The World 9 ni kureng la sikit. Tengah hari aku dan acik lepak kat indie stage, petang je baru kitaorang tengok main stage. Tengah hari tu panas gila. Dah la duk atas tar, memang terasa la bahangnye. Nak mosh pun tak de mood. Petang tu plak hujan lebat. Perfomance kena tangguh. Band yang main session lepas hujan terpaksa main 2 lagu je sebab kesuntukan mase. Line up band dah best tapi mase tak cukup sebab delay lame sangat tunggu hujan berhenti. Tapi aku enjoy gak la walaupun sakit kepala sebab kena hujan. Kalo aku nak cite satu-satu band yang main memang panjang la jadi entri ni. Tapi aku nak citer satu band je yang best giler, iaitu Kugiran Di Tepi Pantai. Diorang buat intro main lagu Muse, lepas tu diorang main lagu klasik dan lame seperti dara pujaan, bunyi gitar, i want to hold your hand and ending dengan lagu Elvis. Seronok aku tengok crowd bertwist. Pakcik Kombat memang best..Hahaha.. Last band kat main stage ialah Bunkface. Aku balik mase diorang tengah perform sebab mase second song diorang, letrik dah kena tutup. Aku rase tu bukan gimik tapi memang dah kena switch off sebab mase tu dah midnite, macam Kami the Gig dulu pun macam ni gak. Lagi satu yang aku tak puas hati, tahun takde free T-shirt, terpaksa la aku beli. Berebut T-shirt yang diorang baling tak dapat. Hampeh.

Wednesday, 23 December 2009

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Macam seronok je budak tu main air. Haaa... Kalau pergi Putrajaya pastikan singgah sini ya, buat 5 yang wajib tu. Tapi korang jangan sekali-kali tiru budak-budak ni. Tak baik. Gila. Hemmm... Dah lama tak menulis ni, banyak sangat nak tulis sampai tak tahu ape yang aku nak tulis dulu. Takpe lah, aku tulis yang ni je dulu, misi aku ke Putrajaya untuk dapatkan data untuk buat tesis sambil merempit dengan Madi, Gku, Rio, Aiman, dan Fendi. Alrite, nanti bukak sem aku cite lagi ape program aku mase cuti... Ciao mates!